Pages

Oct 30, 2011

JADUAL PASAR MALAM, PASAR TANI, PASAR SEHARI PERLIS

NAT KUALA PERLIS
Berikut adalah Jadual yang sempat aku kumpul mengenai Nat (pasar pagi), Pasar Malam dan Pasar Tani di Perlis. Sekiranya ada maklumat lagi sila komen, boleh di update.
NAT POKOK GETAH PAUH
 JADUAL NAT, PASAR MALAM DAN PASAR TANI DI PERLIS

Ahad

Nat mata Air
Nat Behor Lateh
Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji
Pasar Tani Taman Sena Kangar

Isnin

Nat Balai Baru
Pasar Tani Arau
Pasar Malam jejawi
Pauh

Selasa


Nat Pekan Simpang 4 Syed Kassim
Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit

Rabu

Nat Balai Baru
Pasar Malam Stadium Kangar
Pasar Tani Seriab
PASAR MALAM STADIUM KANGAR - RABU

Khamis

Pasar Malam Titi Chai Utan Aji
Nat Santan
Pasar Tani Pekan Simpang 4
Pauh

Jumaat

Nat behor Lateh
Pasar malam Pekan Simpang 4, Syed Kassim
Nat Pokok Getah Pauh

Sabtu

Nat Balai Baru
Pasar Tani Taman Sena Kangar
Nat Kuala Perlis
Pasar Malam Jejawi

Oct 27, 2011

Punca Segala Bencana

Punca Segala Bencana Hadith :Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

(Muslim)

Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim.

Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.

Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis:

(1) Apa yang dimakannya lalu habis.

(2) Apa yang dipakainya lalu lusuh.

(3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.

Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain".

(Muslim)

Oct 26, 2011

Idea dan cadangan memajukan Perlis

Saudara dan saudari, hari ini saya nak mengajak semua anak muda, semua profesional Perlis dan seluruh rakyat Perlis dan Malaysia, menyumbang idea dan buah fikiran, bagaimana memajukan dan membangunkan perlis. Apakah konsep, cara, peluang dan sebarang idea yang positif.

Sila kumpul idea dan cadangan anda di Facebook khas yang di tubuhkan , lihat http://www.facebook.com/groups/238997626157855/

Semoga sumbangan anda memberi manafaat pada negeri perlis.

Oct 25, 2011

KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 2010

ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 2010 . Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2010 adalah memuaskan. Pada tahun 2010, baki Kumpulan Wang Disatukan mengalami penurunan sedikit berjumlah RM1.89 juta atau 5.6% kepada RM32.03 juta berbanding RM33.92 juta pada tahun 2009. Kutipan hasil pada tahun 2010 meningkat
sejumlah RM20.55 juta atau 21.4% kepada RM116.49 juta manakala perbelanjaan meningkat
sejumlah RM12.67 juta atau 13.1% kepada RM109.21 juta.

Kerajaan Negeri mencatatkan surplus bagi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM7.28 juta setelah mencatat defisit selama 3 tahun berturut-turut. Hutang Awam Kerajaan Negeri bagaimanapun telah meningkat sedikit
sejumlah RM9.81 juta atau 2.4% menjadi RM416.29 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman
yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah RM19.44 juta atau
13.4% menjadi RM164.66 juta berbanding RM145.22 juta pada tahun 2009.

Tunggakan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2010 berjumlah RM26.26 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman daripada Agensi Negeri berjumlah RM69.94 juta. Kerajaan Negeri hendaklah
berusaha mengutip tunggakan hasil berjumlah RM26.26 juta dan mengambil tindakan lebih
tegas menuntut tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
yang berjumlah RM69.94 juta. Hutang Awam Kerajaan Negeri yang berjumlah RM416.29 juta
hendaklah dibayar balik mengikut jumlah dan tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan
tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM164.66 juta tidak terus meningkat. Selain itu,
Kerajaan Negeri perlu meneruskan amalan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu
perkhidmatan dan sumbangannya kepada rakyat.

RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI

Pada keseluruhannya, prestasi pencapaian pelaksanaan projek-projek di bawah
RMKe-9 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri adalah memuaskan kerana sejumlah RM435.30
juta atau 75.2% daripada RM578.81 juta peruntukan yang diluluskan telah dibelanjakan.
Sehingga tahun 2010, sebanyak 226 projek atau 85.6% daripada 264 projek yang diluluskan
telah siap dilaksanakan manakala 38 projek atau 14.4% masih dalam pelaksanaan.
Pelaksanaan projek pembangunan yang lancar dapat mempertingkatkan lagi taraf sosio hidup
rakyat Negeri Perlis.

PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI.

Pada tahun 2010, Pengauditan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks  akauntabiliti telah dilaksanakan di 10 Jabatan/Agensi Negeri. Pada keseluruhannya, pengurusan kewangan di 1 Jabatan adalah pada tahap sangat baik dan 6 Jabatan pada tahap baik manakala 3 Agensi Negeri pada tahap memuaskan. Pencapaian ini adalah lebih baik jika dibandingkan pada tahun 2008 dan 2009 di mana 5 dan 8 Jabatan mencapai tahap baik.

Kelemahan yang dibangkitkan terutamanya adalah berhubung dengan Kawalan Pengurusan
Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah dan Deposit; Kawalan Pengurusan Aset, Inventori
dan Stor; Pengurusan Pelaburan; dan Pengurusan Pinjaman.


Sumber: 
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_penyata/PERLIS.pdf

Ulasan:
Kerajaan Negeri perlu meningkatkan hasil negeri melalui projek ekonomi yang lebih berdaya saing. Ekonomi tradisional perlu di tambah baik, agar ada peningkatan hasil. Hutang  PKENPs perlu di kutip secepat mungkin. Projek mereka perlu di pantau agar ada daya saing dan mendapat untung.

Sektor baru seperti pelancongan, kilang, IKS perlu di lihat secara lebih jelas, dengan inisiatif memajukan sektor berkenaan secara lebih terancang. Latihan semula rakyat perlu di buat agar rakyat Perlis boleh berdikari dan jadi IKS berjaya

Oct 19, 2011

Salah amalan ayat quran

Bicara saya kali ini ialah tentang salah faham yang sejak sekian lama tertanam dalam minda segelintir umat islam. Salah faham tentang ayat seribu dinar atau lebih tepat lagi tentang amalan mengantung ayat seribu dinar sebagai pelaris perniagaan. Istilah 1000 dinar hanya ciptaan orang kita.

Ayat Seribu Dinar sebenarnya adalah sebahagian daripada ayat-ayat dari Surah At-Talaaq( ayat kedua dan ketiga ). Ia sangat popular sebagai amalan untuk memurahkan rezeki. Di kalangan peniaga pula, terutamanya para pengusaha restoran, lazimnya akan mengantung ayat tersebut di premis perniagaan dan ia di jadikan pelaris untuk memajukan perniagaan.

Sebenarnya terdapat beberapa versi tentang kemunculan istilah atau kewujudan perkataan ayat seribu dinar ini. Tapi, dalam entry ini, saya tidak berminat untuk bercerita tentang asal usul ayat seribu dinar yang beraneka versi itu. Cuma yang pasti, istilah ayat seribu dinar ini tidak pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Dan harus diingat, semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat, telah lahir beberapa orang tokoh perniagaan yang berjaya dalam kalangan sahabat-sahabat yang mulia ini. Walaupun begitu, tidak pernah tercatat di dalam sejarah islam tentang kewujudan amalan mengantung ayat –ayat ini.

Jika diteliti dan dihayati ayat maksud tersebut, didapati syarat untuk dimurahkan rezeki ialah bertqawa. Taqwa walaupun ada beberapa maksud dan dibahagikan kepada beberapa pengertian, namun maksud dan pengertian yang dinyatakan dalam tafsir di atas amat wajar untuk kita fahami dan hayati, iaitu mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Kesimpulannya, bertaqwa adalah syarat untuk dimurahkan rezeki dan dikeluarkan dari masalah. Harus diyakini sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah dan salah satu daripada nama-nama Allah ialah Ar-Razzaq( الرزاق) , iaitu Maha Pemberi Rezeki. Tapi, sayang sekali, kerana terdapat segelintir umat islam termasuk yang bernama Abdul Razak( Hamba Allah Yang Maha Memberi Rezeki ) sanggup mengampu majikan untuk meraih pangkat dan jawatan hingga sanggup mencantas dan memburuk-burukan rakan-rakan sejawatan. Dan, takrif rezeki juga tidak wajar disempitkan kepada laba dan keuntungan dari aspek kewangan semata-mata, malah ketenangan, kebahagian, kerukunan rumah tangga ,kesihatan. dan zuriat yang baik juga merupakan rezeki daripada Allah.

Kembali kepada tajuk, iaitu tentang salah faham yang sejak sekian lama tertanam dalam minda segelintir umat islam. Salah faham tentang ayat seribu dinar atau lebih tepat lagi tentang amalan mengantung ayat seribu dinar sebagai pelaris perniagaan. Malah, kalau diperhatikan di beberapa buah restoran, ayat seribu dinar ini ditulis dengan begitu cantik dengan warna keemasan dan dibingkaikan dengan begitu sempurna lalu digantung di sudut-sudut tertentu. Matlamatnya ialah supaya dimurahkan rezeki atau dengan bahasa yang mudah agar restorannya sentiasa dikunjungi. Persoalannya, adakah amalan ini menepati tuntutan agama atau jauh tersasar dari landasan agama. Kalau dilihat kepada maksud ayat kedua dan ketiga dari Surah At-Talaaq yang dikenali sebagai ayat seribu dinar ini, ternyata yang dituntut ialah bertaqwa dan bukannya mengantung ayat tersebut.

Jadi apa hukumnya mengantung ayat seribu dinar di premis perniagaan ? Sebelum membuat penilaian, kita perlu merujuk kepada maksud atau niat si pengantung ayat seribu dinar tersebut. Jika sekadar untuk mengingatkan diri sendiri, pekerja dan pelanggan agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, maka ia adalah amalan yang terpuji dan sejajar dengan tuntutan agama sebagaimana firman-Nya "Dan tetaplah memberi peringatan, Kerana Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." – (Adz-Dzaariyaat;55). Dan ia juga selari dengan sabda junjungan mulia, “Agama itu nasihat”

Tapi andainya untuk menarik pelangan atau sebagai pelaris, ditambah pula dengan kepercayaan dengan mengantung ayat seribu dinar ini akan dimurahkan rezeki, maka hukumnya syirik. Lagi teruk, di sesetengah restoran, pelayan perempuannya bukan main seksi, pekerja pula mengabaikan solat tapi ayat seribu dinar dihias indah dan digantung tinggi. Ini sudah menjauhi konsep taqwa. Begitu juga dengan amalan mengaut keuntungan berlebihan dengan menipu pelangan, ini juga tidak menepati konsep taqwa walaupun mengantung ayat seribu dinar yang berbicara tentang taqwa. Kesimpulannya, taqwa merupakan intipati daripada ayat seribu dinar dan itu yang dituntut dan itu jualah yang wajib dilaksanakan. Taqwa dalam maksud melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Apabila kita bertaqwa kepada Allah, itu bererti kita akrab dan rapat dengan-Nya. Dengan ini, mudah-mudahan kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah yang bersifat al-Razzaq( الرزاق) Maha Pemberi Rezeki dan dimerdekakan dari belenggu masalah yang membelit diri.

Oct 18, 2011

Kenapa Wujud Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh terletak 17km ke utara bandar Kangar, Mukim Beseri, dan boleh dihubungi melalui 2 jalan iaitu  Jalan  Kangar-Padang Besar, dan Jalan Abi- Padang Besar, Empangan Timah Tasoh adalah nama yang diambil daripada pertumuan dua batang sungai utama yang melalui kawasan ini pada suatu masa dahulu iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek pembinaan Emapang Timah Tasoh bermula pada 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992 dengan kos sebanyak Rm77 juta dibawah peruntukan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Malaysia (IADP)

Ciri-ciri Empangan

Benteng utama Empangan Timah Tasoh diperbuat daripada tanah sepanjang 3.5km. Keluasan kawasan takungan ialah 13.3km persegi dan dapat menampung takungan sebanyak 40 juta meter padu, pada aras takungan biasa AL 29.1meter. Daripada jumlah takungan tersebut hanya 33.3 juta meter padu sahaja yang dapat digunakan dan selebihnya adalah takungan mati.

Keluasan kawasan tadahan ialah 226km persegi iaitu meliputi kawasan Kaki Bukit dan Padang Besar. Purata air larian yang masuk kedalam empangan ini ialah sebanyak 97.0 juta meter padu setahun.

Komponen dan Fungsi Empangan

1.  Benteng utama empangan
2.  Benteng pelana empangan
3.  Struktur alur limpah utama
4.  Struktur alur limpah kecemasan.
5.  Struktur pembekal air.

Fungsi Empangan Timah Tasoh adalah untuk:-

1.  Membekal air untuk keperluan domestik dan industri (54 ribu meter padu sehari)
2.  Membekal air untuk tujuan pengairan (55 juta meter padu setahun)
3.  Tebatan banjir

Pengagihan Air Untuk Pengairan

Sistem pembekal air kepada 14 buah skim pengairan dilakukan secara berperingkat-peringkat unutk memenuhi keperluan pengairan bagi tanaman tani 2 kali setahun dan dibahagikan kepada 3 blok iaitu Blok A seluas 1183Hektar, Blok B seluas 1189 Hektar, Dan Blok C seluas 703 Hektar

Kawasan Keselamatan

Empangan Timah Tasoh telah diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan oleh kerajaaan negeri perlis pada 15 ogos 1993 dan merupakan salah satu sasaran penting yang dikawal.

Perancangan Masa Depan
1.  Perancangan meninggikan Empangan sebanyak 2.5 meter untuk menambah takungan
     air Empangan kepada 70 Juta meter padu.
2.  perancangan pembangunan rekreasi dan pelancongan dipesisiran Empangan
3.  Aktiviti ekonomi yang mesra alam.


Kualiti air empangan anda boleh semak di sini

Sumber : JPS Perlis

Gambar Pelepasan Air Empangan Timah Tasoh


Gambar Empangan Dari Setelite

Air Sedang Di Lepaskan, akibatnya banjir di sebahagian besar Perlis
Siapa yang tak pernah lihat gambar pelepasan air di empagan timah tasoh, yang telah menyebabkan banjir di perlis 2011, sila lihat gambar di bawah. Wowwww


Alam sekitar dicipta untuk manafaat manusia

ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya. Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)
Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Nidzamuddin Zakaria bagi mengupas isu ini.
Mega: Apakah konsep penjagaan alam sekitar dalam Islam?

Nidzamuddin: Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 menjelaskan bahawa alam sekitar adalah: “Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia dari masa ke semasa”. (Rujuk: Muhammad Sa’id dan Rasyid Ahmad. 1986. Al-Bi’ah wa musykilatiha. Kuwait: Maktabah al-Falah.Hal. 25).

Ibnu Abd. Rabbihi pula menyatakan takrif alam sekitar ini di dalam kitabnya al-Jumanah dengan penjelasannya bahawa: “Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya”. (Rujuk: Muhammad Abd al-Qadir Al-Fiqqiyy. 1993. Al-Bi’ah Musykiluha wa Qadayaha. Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Hal. 9.)

Al-Quran dan sunah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar di mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung. Ia melarang pencemaran di samping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam di mana usaha murni ini di sanjung mulia agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung di sisi Tuhan. Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran bumi. Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang. Tanpa hu
tan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan awam terancam.

Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib. Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras Islam Hadhari.

Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud: ...(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka. (ali-Imran: 191).

Ayat ini menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal dan seluruh cakerawala adalah tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Orang beriman sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah ketika peperangan.

Ajaran Islam mengajar umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan dan kebiruan langit, tertera ayatullah yang memperlihatkan sifat Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta.
Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah satu lagi contoh keengganan manusia mematuhi perintah Allah sebagaimana dalam surah ar-Rum: 41. Bagaimana membetulkan keadaan ini?

Nidzamuddin: Kalau kita meneliti sumber-sumber syarak dan usul-usulnya, pasti kita akan melihat asas-asas dan dasar-dasar yang murni yang digagaskan oleh Islam. Ia bagi memandu dan memimpin suatu etika dan akhlak yang terpuji bagi setiap individu muslim berperanan dan bermuamalah secara positif dengan alam sekitar ciptaan Ilahi ini agar warisan tersebut tidak pupus atau rosak di tangan manusia itu sendiri.
Akhirnya, ketiadaan sikap menyayangi dan memelihara alam sekitar ini boleh membawa kepada kemusnahan, kerosakan dan bencana yang menimpa manusia itu sendiri.

Allah menegaskan hal ini melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum: 41).

Tindakan paling drastik yang perlu dilakukan umat Islam adalah kembali kepada Islam itu sendiri, tinggalkan budaya atau gaya hidup yang jauh daripada Allah dan syariat-Nya. Barangkali musibah seumpama ini adalah peringatan untuk kita agar jangan lalai dan leka terhadap peranan kita selaku hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini.

Islam adalah agama yang mengikat hubungan kita dengan Pencipta dan menjalin hubungan manusia sesama manusia.Islam juga menyusun peradaban dan etika manusia dengan makhluk sekitarnya meliputi alam dan ciptaan Tuhan yang berada di atasnya bersesuaian dengan agenda utama manusia di muka bumi ini selaku khalifah Tuhan yang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan saksama dan penuh bijaksana demi kemaslahatan manusia dan keharmonian alam sekitarnya.

Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi (al-Anbiya’: 31). Apakah saranan Islam tentang pembangunan seimbang (sustainable development)?
Nidzamuddin: Kita perhatikan dahulu ayat al-Quran itu tadi. Allah menegaskan: Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’: 31).

Ayat ini menegaskan bahawa fungsi sebenar bukit-bukau dan gunung-ganang itu ialah sebagai pasak kepada bumi. Meneres kawasan bukit-bukau sesuka hati tanpa kawalan dan sempadan mengundang ketidakseimbangan muka bumi itu sendiri.

Justeru, pembangunan yang seimbang ini amat dititik beratkan dalam ayat Allah yang lain antaranya firman Allah yang bermaksud: Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr: 19).
Sistem keseimbangan dalam alam sekitar yang diaturkan Penciptanya ini lebih dikenali sebagai ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Seluruh unit dalam sistem telah diprogramkan Allah agar mengikuti sistem atau sunnatullah yang hebat ini.

Sebagai contoh, matahari dan bulan ditentukan Allah berfungsi dalam ekosistem ini selaku penyumbang cahaya mengikut kadar peratusan yang tertentu.

Jika kadar pencahayaan matahari itu melebihi peratusan yang sepatutnya, maka tentulah alam dan hidupan di atas permukaannya bakal mengalami kemusnahan dan kebakaran.

Begitu juga kadar oksigen dalam udara yang telah ditentukan Allah sejumlah 21 peratus, maka andainya kadar oksigen itu menjangkau 50 peratus, nescaya alam dan hidupan di atas permukaannya juga pasti mengalami kemusnahan dan kebakaran. Begitulah al-Quran melukiskan peri pentingnya keseimbangan ekosistem ini untuk dipelihara oleh khalifah Tuhan atau manusia di muka bumi ini sebaik-baiknya. (Tibarah, ‘Afif bin Abdul Fattah. Ruh al-Din al-Islami. Beirut: Dar al-Malayin li al-‘Ilmi. Hal. 57).

Akhirnya, renungilah seruan Ilahi untuk hamba-hamba-Nya bagi menjaga alam sekitar khususnya bukit-bukau dan gunung-ganang ciptaan terindah Tuhan menerusi ayat yang bermaksud: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)

Sebilangan manusia berpendapat, penjagaan alam sekitar tugas pihak tertentu sahaja. Justeru, bebas membersihkan hutan, membuang sampah merata-rata. Adakah pandangan begini tepat?
Nidzamuddin: Pandangan ini tidak tepat sama sekali! Ia mencerminkan sikap mementingkan diri sendiri dan tidak prihatinnya terhadap warisan alam. Yang sebenarnya, manusia itu adalah unsur atau entiti yang maujud di tengah-tengah alam sekitar, bahkan Islam meletakkan manusia selaku unsur paling penting di dalamnya berbeza dengan hidupan lain yang hanya bersifat material dan kosong maknawi atau rohaninya di mana setiap insan itu bertindak selaku pengurus atau pentadbir alam sekitar itu.

Justeru, dengan kelebihan ciptaan manusia daripada unsur material dan maknawi, maka manusia dinobatkan selaku pemimpin dan khalifah Tuhan yang mengurus dan mentadbir alam dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (al-Hijr: 28-29).

Hal ini disokong pula dengan hadis Nabi SAW bermaksud; Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa. 2004. (Rujuk: Jami’ al-Tirmizi. Kitab al-Fitan. Hadis No. 2191. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dauliyyah).
 
Faktor keuntungan dan wang ringgit adakalanya mengelabui mata menyebabkan pihak tertentu seperti jurutera, ahli geologi dan sebagainya ‘menipu’ dan menyembunyikan kebenaran tentang bahaya yang mungkin berlaku apabila mendirikan bangunan di lereng-lereng bukit. Apakah balasan Allah terhadap golongan sebegini?

Nidzamuddin: Inilah bahana dan bahayanya apabila pihak yang berwajib dan yang berautoriti dari segi kuasa dan keilmuannya tidak bersikap profesional, telus dan bertanggungjawab.
Ketamakan pada keuntungan yang melambak-lambak akan mengenepikan soal bahaya dan risiko yang bakal menimpa. Ya, memang ada orang yang kaya dan mampu membina semula banglo yang runtuh itu lantaran kekayaannya yang tidak terkira. Lebih mengejutkan ialah ada yang berani membangunkan semula bangunan baru di lokasi yang telah berlaku tanah runtuh.

Namun soal nyawa, harta benda yang terbuang dan musnah begitu sahaja serta ‘pencabulan terhadap keharmonian alam sekitar’ itu sendiri adalah suatu isu yang perlu dititik beratkan.
Pokok-pokok yang subur menghijau bukan sekadar dilihat sebagai ciptaan Allah yang mendamai dan menakjubkan, bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya agar memeliharanya daripada ditebang dan dimusnahkan.

Ini terserlah melalui larangan keras Baginda terhadap usaha penebangannya yang tanpa sebab dan melampau bermaksud: “Barang siapa yang memotong pokok (bidara) - tanpa manfaat atau kepentingan - nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka”. (Rujuk: Abu Daud, Sulaiman bin al-Asy’ath al-Sijistani. T.th. Sunan Abi Daud. Kitab Adab. No. Hadis: 4561. Juzuk 4. Hal. 361).

Imam Abu Daud mengulas maksud hadis ini setelah disoal mengenainya dengan penjelasannya: “Barangkali yang dimaksudkan dengan amaran Nabi SAW dengan penebangan pokok tanpa sebab ini adalah terhadap pokok-pokok yang terdapat di padang pasir yang dijadikan tempat teduhan orang yang lalu lalang atau para musafir.”

Kalau nak dikiaskan dengan geografi negara kita, maka pokok-pokok di lerengan bukit-bukau itu juga dilarang Islam menebangnya tanpa bersebab dan kawalan. Kalau isu penebangan pokok atau peneresan bukit-bukau ini tidak dikawal secara serius, maka tidak mustahil bahawa kita akan menyaksikan banyak lagi penempatan di kawasan-kawasan bukit akan menjadi mangsa tanah runtuh ini.
 
Adakah kepincangan yang berlaku sekarang disebabkan kurangnya sifat ihsan di kalangan kita sehingga adakalanya kita menipu dalam sukatan pembinaan dan sebagainya?
Nidzamuddin: Ya, saya setuju bahawa ia adalah antara faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kemusnahan alam ini. Kerakusan membolot projek-projek yang mega dan bernilai juta ringgit kadang-kadang menghakis norma-norma kemanusiaan dan perasaan ihsan sesama insan bahkan terhadap alam sekitar itu sendiri.

Memang benar alam tidak menjerit dan melolong apabila diperlakukan penebangan atau peneresan bukit-bukau dengan sewenang-wenangnya, namun kerakusan ini akan berakhir dengan dentuman bangunan runtuh, suara tangisan mangsa tanah runtuh dan kerosakan harta benda yang begitu besar.
Justeru, Allah melarang keras penipuan ini khususnya dalam sukatan dengan firman-Nya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? (al-Mutaffifin: 1-4).

Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia.
Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.
Oleh yang demikian, manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah Allah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.

Oct 17, 2011

Mati DiTimpa Lampu Jalan

GEORGETOWN: Seorang penunggang motosikal mati apabila dihempap lampu jalan yang secara tiba-tiba terjatuh dalam satu kejadian di Jalan Patani, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa V Ganesan, 27, yang baru sebulan bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi dikatakan menunggang motosikal dari pejabat ke rumahnya di Sungai Pinang, di sini.

Menurut sumber, mangsa ketika itu menunggang berseorangan sebelum lampu jalan itu jatuh dan terkena leher menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh. Difahamkan, mangsa cedera, manakala urat lehernya terputus.



“Selepas terjatuh, mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibantu orang ramai yang kebetulan melihat kemalangan itu dan menghantarnya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia berikutan mengalami pendarahan teruk di leher,” katanya.

Suami Rancang Bunuh Isteri

Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di KL, tengah malam kelmarin.


Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.
Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku. “Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.

HMetro 17 Okt 11

Oct 15, 2011

Monyet Mandrill Paling Besar Di Dunia

Mandrill, spesies monyet yang ditemui di Benua Afrika Barat merupakan monyet terbesar di dunia? Nama  sains adalah Mandrillus sphinx atau manusia beruk. Ia memiliki kepala rata-rata dan panjang tubuh antara 61-76 cm (24-30 inci) dan panjang ekor 5.2-7.6 cm (2-3 inci). Bagi seekor Mandrill jantan dewasa, berat yang direkodkan sekitar 25 kg (55 lb). Malah pernah direkodkan bahawa beratnya pernah mencapai sehingga 54 kg (119 lb). Ia berukuran dada 50.8 cm (20 in). Monyet ini juga merupakan monyet yang paling banyak warna, dari warna biru dan merah yang menyerlahkan wajah serta janggut kuning.

monyet paling besar dunia



Gadis Gadis Gengstar

Dosanya amat kecil - melemparkan senyuman ke arah sekumpulan gadis, namun hukuman diterima seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terlalu berat apabila dia dibelasah sehingga bengkak bibir dan bernanah telinga.

Dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Jelatek di sini, pada jam 5.30 petang 7 Oktober lalu, mangsa yang berada di rumah neneknya dihubungi seorang rakan yang mengajaknya bertemu di tingkat 16 pangsapuri berkenaan.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memenuhi pelawaan rakan berkenaan dan sebaik tiba di tempat dijanjikan, pelajar tingkatan tiga itu terkejut apabila mendapati 10 remaja perempuan menunggu kedatangannya.

“Tiga daripada mereka meluru ke arahnya dalam keadaan marah dan mempersoalkan tindakannya yang tersenyum ketika melihat mereka beberapa hari lalu.

HMetro 15 okt 11

Oct 14, 2011

Ustaz Sharhan Penyakit Dan Penawarnya

Hari ini saya kumpul video ustaz sharhan, yang telah memberi kuliah dalam program tanyalah Ustaz TV9. Mungkin ada yang terlepas rancangan ini, maka saya senarai video yang bermaklumat dari segi perubatan Islam. Jom lihat video ini.


Bahagian 1



Bahagian 2



Bahagian 3



Bahagian 4



SILA AMAL DOA DAN PETUA USTAZ SHARHAN TERSEBUT.

Ustaz Sharhan

Rawatan penyakit roh dan jasad. Berikut adalah doa yang boleh anda amalkan bagi mengatasi penyakit Roh dan jasad.

Oct 13, 2011

Ucapan Yang Baik Dibalas Dengan Yang Lebih Baik

Hadith : Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.” (Muslim)

Huraian

Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Allah SWT akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana segalanya adalah bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah SWT.

Hadis anak perempuan

Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Huraian
1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.


2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.


3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.


4. Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.


5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak

Sumber : Jakim

Oct 9, 2011

Saveenergy Cara dapat rebate RM200

save energy KeTTHA

Kelayakan mendapat rebate Rm200 melalui pembelian alatan elektrik 5 bintang. Kini kementerian KeTTHA menganjur dan mengalakan rakyat Malaysia membeli dan menggunakan alatan elektrik yang jimat tenaga elektrik dan mesra alama. Jika anda beli barangan elektrik yang berdaftar dengan KeTTHA anda akan dapat rebate RM200.

Caranya masuk ke laman web http://www.saveenergy.gov.my/ dan daftar bil TNB atau jika pengguna Sabah Serawak anda daftar melalui Sabah Elektrik atau syarikat SECSO BHD.

Syarat pendaftaran:
  1. Warga Malaysia
  2. Membeli baru barangan terpilih , misalnya Peti sejuk atau aircond, jenama 5 bintang 
  3. Membeli dalam tempoh 1 bulan baucer print
  4. Sertakan salinan bil TNB atau Sabah Electerik atau Sesco, salinan IC dan serah pada penjual berdaftar dengan KeTTHA
DAPATKAN BAUCER SEKARANG DAN CETAK, Selepas cetak sila bawa bersama bil elektrik anda dan salinan KP anda ke kedai terpilih

Apakah save program




Maklumat lanjut klik sini

OBJECTIVES

To create a culture of efficient energy usage among general public and business entities. This initiative targets the final end user through the retailers of electronic appliances and will generate up to 7,300 GWh of energy saved by the year 2020.
To save daily energy costs by consumers from reduced energy consumption that will lead to a reduction in GHG emissions.
To accelerate the transformation of the consumer appliances market to increase the share of Energy Efficient (EE) models and to phase out inefficient models from the local market so as to reduce the price premium for EE products.
To moderate the increase in energy use growth so as to reduce energy supply infrastructure development costs and the dependence on imported sources for electricity generation.

Oct 8, 2011

Bapa syaitan Liwat Anak Umur 23 Hari

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.


Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Oct 6, 2011

Surat Untuk YAB MB Perlis Mengenai Banjir Perlis


Surat Terbuka kepada Kerajaan Negeri Perlis
DENGAN HANYA 2 HARI HUJAN LEBAT PERLIS BOLEH BANJIR DAN APAKAH LANGKAH SEGERA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada semua pembaca dan khusus kepada kerajaan Negeri Perlis.

Perlis seb...agai sebuah negeri yang tidak terkecuali menerima bencana banjir baru- baru ini dan dianggap sebagai yang terburuk dan mengejutkan kerana sebahagian besar rakyaat negeri Perlis amat tidak menyangka akan sebegini tahap banjir yang menimpa sebahagaian besar negeri Perlis.

Saya sebagai salah seorang mangsa, yang mengalami kerugian besar akibat dari bencana tersebut. Saya cuba untuk menulis artikel ini bagi tujuan untuk sama- sama kita berfikir dan mencari jalan penyelesaian yang saya anggap sekiranya tidak di tanangi dengan begitu serius dan sekiranya penyelesaian segera ini tidak buat, maka tidak mustahil bencana banjir yang jauh lebih besar akan menimpa dan kita tidak mahu meletakan Perlis sebagai negeri yang tidak selamat didiami dan seterusnya akan merencatkan pertumbuhan ekonomi yang sedang dirancang dari waktu ke waktu.

Sejarah negeri Perlis sejak wujudnya Empangan Timah Tasoh telah mencatatkan sebanyak 3 kali banjir besar. Kali pertama pada awal tahun 90 an, di ikuti pada tahun 2005 dan seterusnya baru baru ini yakni 2010. Keadaan banjir yang berlaku menunjukan peningkatan tahap buruk dan bukannya ada penurunan tahap.

Mungkin akhbar tempatan lebih sibuk mengulas isu politik semasa dan Sukan Asia, namun rakyaat Perlis dan negeri lain yang terlibat dengan banjir lebih suka mengulas mengenai nasib malang yang menimpa mereka.
Saya tidak pasti apakah ini hanya andaian maupun teori cakap-cakap kedai kopi ataupun fakta kebenaran, tetapi inilah antara yang disebut sebagai punca banjir;

a) Kejadian pada awal tahun 90an adalah kesilapan mengawal air sehingga terpaksa dilepaskan kerana usia empanagan tersebut masih muda dan tidak mampu menampung jumlah air yang banyak.
b) Sungai yang sedia ada pada kali pertama banjir masih belum di urus dengan begitu baik sehingga berlaku sumbatan dan sebagainya seterusnya menyebabkan limpahan sunga
c) Selepas pihak yang bertanggung jawab menyelesaikan masalaah pengurusan sungai, kemungkinan tidak akan berlaki lagi banjir selepas ini dan kalau ada pun tahapnya tidak akan serius.
d) Banjir kali kedua 2005 juga berlaku kerana faktor empangan masih muda dan tidak mampu menampung air yang banyak.
e) Banjir kali kedua berlaku kerana negara Thailand juga mengalami banjir dan pihak mereka juga terpaksa membuka empanagan sehingga berlaku limpahan besar ke negara kita.
f) Hujan lebat selama 2 hari menyebabkan empangan yang sedia ada tidak mampu menampung air, maka terpaksa di lepaskan dari mengelak risiko empangan pecah.
g) Banjir kali ketiga 2010 adalah disebabkan hujan lebat selama 2 hari dan empanagan gagal untuk menampung jumlah air yang di anggap " overflow" sehingga terpaksa di lepaskan.
h) Di kabarkan juga negara jiran juga terpaksa melepaskan air dari empangan mereka dan ini menyebabkan juga limpahan besar hingga ke negara kita.
i) Pembangunan yang tidak mengambil perhatian akan saliran seperti taman perumahan, bandar baru, landasan keretapi dsbnya adalah antara faktor pengaliran air yang tidak sempurna.
k) Kalangan ahli agama juga tidak kurang memberikan pandangan samaada di majlis resmi atau sebaliknya musibah banjir ini adalah kerana manusia semakin jauh meninggalkan agama. Ini hanya sedikit ujian dan pengajaran dari kekuasaan Allah swt supaya manusia kembali kepada agama dan menjauhi segala larangan.

Rata-rata itu antara cakap-cakap samada berfakta atau sebaliknya, kita perlu ambil hal ini sebagai sesuatu yang tidak boleh di pandang ringan.

Kita perlu melihat hal ini secara serius kerana kali ini rakyaat menanggung kerugian yang begitu dasyat. Sebahagian besar perabout,perkakas eletrik, rumah maupun kenderaan mengalami kerosakan dan ada yang terpaksa di buang. Kita lihat sahaja longgokan bahan perabut dan pelbagai perkakas rumah di merata tempat.

Beberapa persoalan yang timbul dikalangan mangsa banjir khususnya dan seluruh rakyaat Perlis umumnya. Apakah banjir sebegini besar akan berulang lagi? Sudah pasti ia akan berulang. Sanggupkah kita menghadapi bencana yang di masa akan datang? Selamatkah negeri Perlis untuk didiami? Berbaloikah dengan sumbangan dan bantuan dari kerajaan negeri, pusat maupun NGO? Siapa yang harus menanggung semua ini. Ini sudah kali ketiga rakyaat Perlis menerima banjir besar yang mana sebelum ini di anggap selamat dari bencana banjir.

Saya bukan bertujuan menuding salah siapa dan tidak ada gunanya kita menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Sebagai orang Islam kita akur dengan apa apa musibah yang berlaku, namun manusia di berikan anugerah akal bagaimana untuk mengelakan segala musibah dan mala petaka. Benar Allah swt menurunkan rahmat dan juga bala di atas sifat maha pengasih dan penyangang, tetapi kita tidak boleh nafikan bahawa tangan tangan manusia sebenarnya yang melakukan kehancuran di muka bumi ini.

Saya dan rakyaat Perlis pasti tidak menyalahkan pembinaan empangan Timah Tasoh yang bertujuan baik untuk pertanian dan sumber minum air bersih. Namun kita harus berfikir jauh ke hadapan sekiranya ingin melihat negeri Perlis tidak di lebel sebagai negeri yang tidak selamat untuk di diami dan seterusnya menghalang pertumbuhan pelbagai bentuk ekonomi yang sedang rancak berjalan seperti pendidikan, laluan keluar masuk sempadan, industri, pertanian, pembukaan bandar baru, IMTGT dsbnya.

Sudah sampai masanya empangan Timah Tasoh perlu dan wajib ada laluan keluar khusus untuk menampung limpahan air jumlah isipadu air pada skala yang besar. Ini kerana sungai dan laluan tali air yang sedia ada tidak mampu menmpung kapasiti limpahan air dari empangan Timah Tasoh. Sesungguhnya semua pihak kena akur bahawa sekiranya laluan khusus tidak di laksanakan, maka negeri Perlis mampu bertahan hujan lebat selama 2 hari sahaja dan selepas itu seluruh rakyaat Perlis akan menjadi panik dan bertempiaran menyelamatkan harta benda. Saya sendiri kerugian melebihi RM 50 ribu dan apakah kerajaan negeri maupun pusat sanggup menanggungnya. Kalau sanggup sila hubungi saya di email yang tertera di bawah.

Mungkin ada yang mengganggap, projek lalulan khusus samada berbentuk sungai baru lurus dan lebar tertentu terus menuju ke laut atau terowong khusus merupakan sesuatu yang mustahil, namun sebagai manusia yang berakal ia sudah pasti suatu yang boleh di jadikan kenyataan. Kalau sebelum ini ada cetusan yang jauh lebih mustahil seperti pembinaan jambatan Perlis Langkawi boleh di bahaskan, kenapa hal seperti ini yang bertujuan untuk masa hadapan Perlis di anggap remeh. Saya yakin dengan laluan khusus ini, maka kita dapat mengawal pergerakan air yang sekarang ini menghala tidak tentu arah.

Seharusnya semua pihak kena menyahut seruan Rakyaat di dahulukan Pencapaian di utamakan. Kalau sebelum ini, mungkin tiada dalam peruntukan, namun tidak mustahil Perlis wajib memohon peruntukan khas untuk tujuan tersebut bagi memastikan Perlis tidak di anggap sebagai distinasi kediaman yang tidak selamat kerana bila-bila masa boleh di landa banjir dengan hanya 2 hari hujan lebat.

Saya mohon artikel saya ini di siarkan tanpa di edit. Saya mohon respon baik di seluruh pihak yang bertanggung jawab dan jangan pandang hal ini sebagai masaalah ringan. Saya mohon supaya di bincangkan dengan penuh telus dan rasa tanggung jawab serta keinsafan dan bukan seperti isu yang sengaja di timbulkan di negeri Kedah baru- baru ini.

LIHAT KUMPULAN FACEBOOK YANG MENUNTUT KERAJAAN PERLIS BUAT SESUATU BAGI ATASI MASALAH BANJIR PERLIS

Sekian.. Menyokong RAKYAAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.
Dari: Mohammad Faisol b. Abd Rahman
Taman Bukit Kayangan, Kangar Perlis.
Email cwahidagm@yahoo.com

Punca Banjir Di Perlis

SISTEM perparitan yang tidak sistematik menjadi punca utama masalah banjir di Perlis. Longkang, parit, tali air dan sungai yang terdapat di Perlis tidak diselenggara dengan berkesan dan menyeluruh. Sebagai contoh, longkang di bandar Kangar tidak diselenggara dengan baik. Lorong air yang tersumbat tidak dibaiki, sampah yang terkumpul di dalam longkang dibiarkan begitu sahaja. Longkang yang dibina sangat kecil berbanding jumlah bagunan yang ada. Parit yang berumput tidak dibersihkan, tali air yang ada dibiarkan semak, sungai yang kecil dibiarkan berkeladak.

Punca Dari Empangan

Pelepasan air Empangan Timah Tasoh di katakan punca utama banjir 2011. Ini kerana isipadu air di lepaskan melebihi jumlah isipadu saiz longkang dan sungai sediada, selain faktor kadar aliran kelaut lebih lambat berbanding air Empangan yang kuat.

Jika nak lepas air empangan, kena fikir mampu tak saliran yang ada membawa air keluar dengan cepat ke laut?

Pelepasan Air Empangan Timah Tasoh Perlis

Selain itu, tiada penyelarasan sistem pengurusan dan pembinaan sistem perparitan yang menyeluruh. Jika dilihat dan diperhatikan, kawasan Arau, Kubang Gajah, Jejawi dan Beseri sistem perparitannya agak tidak sistematik.

Ada longkang berkonkrit satu meter disambungkan ke parit yang tidak berkonkrit dan terkambus. Ada longkang yang tidak masuk ke parit utama, ada parit utama yang tidak masuk ke sungai. Ada parit dan longkang yang hanya masuk ke paya dan sebagainya.

Masalah lain adalah parit besar masuk ke longkang kecil, parit besar tetapi kalbot (saluran air lalu) kecil. Longkang dan parit lebih tinggi dari aliran air, tebing longkang konkrit yang lebih tinggi dari paras tanah, tiada saluran air masuk ke longkang menyebabkan air bertakung di atas jalan.

Juga pintu kunci air lebih kecil dari sungai, tebing sungai lebih tinggi dari parit, aliran longkang yang berselirat dan bersimpang-siur. Ini menyebabkan arus air tidak lancar dan pelbagai masalah yang lain lagi. Masalah banjir ini mungkin boleh diatasi jika semua pihak yang terlibat dalam menguruskan negeri ini bekerjasama dan berbincang menyelesaikannya. Kerajaan juga perlu menyusun setiap projek mengikut keperluan menyelesaikan masalah, bukan berdasarkan keperluan peruntukan untuk wakil rakyat atau kontraktor kelas F dalam sesuatu kawasan.

Saya ingin mencadangkan supaya pada masa akan datang, setiap pembangunan yang akan dilaksanakan perlu mempunyai pelan untuk bebas banjir atau perancangan mengatasi masalah banjir. Tidak boleh membangunkan sesuatu kawasan tanpa mempertimbangkan masalah banjir, seperti bangunan tidak akan dapat CF jika tidak diluluskan oleh Jabatan Bomba. Mungkin pada masa akan datang sesuatu projek pembangunan perlu mendapat kelulusan Jabatan Parit dan Saliran untuk mengatasi masalah banjir ini.

Kerajaan negeri juga perlu mempunyai pelan induk pembangunan keseluruhan negeri Perlis. Ini supaya sebarang bentuk pembangunan yang akan dilakukan terancang dan bebas bencana, sama ada daripada api (kebakaran), air (banjir dan tsunami), angin (ribut) dan tanah (tanah runtuh dan gempa bumi). Jika mahu membina jalan atau kawasan perumahan, perancangan sistem perparitan dan aliran air perlu diambil kira secara meyeluruh. Kita tidak mahu melihat lagi pada masa akan datang jalan raya bebas banjir, tetapi rumah penduduk ditenggelami air.

Kita tidak mahu melihat kawasan perumahan bebas banjir, tetapi kawasan kampung di sekitarnya bertakung air. Kita juga tidak mahu melihat bangunan pejabat dan pasar raya yang mencakar langit tetapi pekerjanya susah hati rumah dihanyut air. - Utusan Malaysia

Apa tindakan yang perlu di buat ?

  1. Kaji isu masalah banjir sekarang, apa masalah sekarang
  2. Perancangan bandar perlu ada pelarasan antara MPK, JPS, MADA dan Orang Ramai.
  3. Kaji keutamaan projek, mana perlu di utamakan.
  4. Pelan kejuruteraan yang di sediakan perlu ada 'projection volume' air hujan dan fokus untuk 100 tahun akan datang
  5. Pembinaan jangan mengikut bajet semata-mata, tetapi bajet kena ikut keperluan. Sebab itu bila minta bajet kepada PM, kena ada unjuran 20 tahun, kena ada master plan dan master bajet. 
  6. UNIT LONGKANG TERSUMBAT  perlu di wujudkan di MPK dan JPS Perlis dan mereka perlu turun ke padang bila hari hujan membuat pemantauan. Jangan berada di pejabat bila hujan turun. Bila pegawai berada di luar semasa hujan, mereka akan tahu MASALAH YANG BERLAKU, saiz longkang yang mereka design dan pelan yang dibuat di pejabat itu sesuai atau tidak. Kerana pelan yang di buat indah di komputer tapi tak sesuai di tapak. MB minta ambil perhatian, lihat MPK dan JPS buat kerja tak semasa hujan.
  7. Jawatan teknikal peringkat negeri mengenai banjir dan alam sekitar perlu di rombak agar mereka dapat melihat isu ini serius, kerana kalau tak diatasi akan merugikan Perlis dalam  jangkamasa panjang.
Rintihan rakyat di FB 

IKTIBAR

Kita perlu ambil iktibar. Ini adalah musibah. Bala dan musibah akan turun apabila manusia lalai dengan perintah Allah. Ramai yang tinggal solat 5 waktu. Lihat ramai pekerja binaan yang tidak solat. Lihat ramai peniaga pasar malam yang tak solat, lihat ramai pemuda pemudi yang tak solat.

ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya.

Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)

Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

    Oct 5, 2011

    Karipap 10 Jenis Inti

    Kuih karipap memang tidak asing dan menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia hingga menjadi antara menu hidangan tanpa mengira waktu atau majlis apa sekali pun. Namun pernahkah anda memakan sejenis karipap yang intinya diadun dengan menggabungkan sembilan jenis inti karipap yang terdiri antaranya daging rusa, ayam, sotong dan sardin?

    Kalau ingin mencuba kunjungilah gerai di Taman Chai Leng, Butterworth dan Kilang Lama di sini, milik sepasang suami isteri dari Tasek Gelugor, Seberang Prai.

    Inti campuran ini terhasil dengan menggunakan ramuan rempah ratus yang dicipta sendiri oleh pasangan itu, yang bertujuan untuk memberi kelainan rasa kepada pembeli.

    Dan lebih uniknya karipap ini ialah saiznya hampir sebesar telapak tangan dan harganya pula hanya RM2.00 sebiji. Ibarat makan sebiji sudah puas.

    Keistimewaan dan kelainan yang terdapat pada karipap inti campuran yang dihasilkan pasangan ini telah menarik ramai pelanggan untuk mengunjungi dan mencubanya.

    Selain itu, pasangan ini juga menjual sembilan jenis karipap pelbagai inti iaitu inti daging rusa, ayam, kambing, ketam, telur, daging lembu, ubi kentang, sotong dan sardin.

    Untuk sembilan jenis karipap ini, yang juga bersaiz telapak tangan, ia dijual pada harga RM1 sebiji.

    HASILKAN 1,000 BIJI SEHARI

    Pengusaha dan penjual karipap, Faisal Hashim, 36, dan isterinya Norazlin Sulaiman, 36, melalui syarikat Mutiara Karipap berjaya menghasil dan menjual kudapan ini hampir 1,000 biji sehari di dua lokasi berkenaan dari pukul 1 tengah hari hingga 6 petang.

    Faisal bersama Norazlin yang ditemui di gerai kecil mereka di persimpangan lampu trafik Kilang Lama di sini berkata isterinya yang menjadi teraju utama menyediakan pelbagai resepi inti.

    "Bermula dengan hanya 20 biji karipap dijual di Taman Chai Leng lima tahun lepas kini ia meningkat sehingga 500 biji setiap hari dan jumlah itu tidak pernah kurang sejak 2008. Saya bersyukur atas sambutan yang diberi pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kaum," kata Faisal ketika ditemui Bernama di sini.

    PENGALAMAN MEMERHATI MAMAK BERNIAGA

    Katanya, sejak enam bulan lepas mereka mengembangkan operasi dengan menambah sebuah lagi cawangan di lokasi yang agak strategik di Kilang Lama di sini dan sehingga ini jumlah karipap yang mampu dijual di situ adalah antara 300 dan 500 biji sehari.

    "Inti yang popular di kalangan peminat karipap adalah daging rusa, ayam dan sardin," katanya.

    Faisal yang berasal dari Jelutong, Pulau Pinang mendapat ilham mengusahakan jualan karipap ini daripada pengalaman memerhatikan seorang mamak peniaga karipap.

    Beliau melihat mamak berkenaan berjaja dengan hanya membawa sebuah bakul besar penuh karipap di stesen bas atau pawagam sekitar Pulau Pinang dan Selatan Kedah pada tahun 70-an dan 80-an.

    Faisal berkata dia pernah bekerja di sebuah agensi forwarding dengan pendapatan hampir RM3,000 sebulan selama 15 tahun dan setelah menjalankan usaha menggoreng dan menjual karipap secara sambilan selama tiga tahun dia membuat keputusan berhenti kerja pada 2009.

    "Sekarang baru saya faham bagaimana perasaan bila berniaga walaupun di sebuah gerai usang di pinggir jalan namun pendapatannya boleh mencecah lima angka sebulan," katanya.

    JADI REBUTAN HINGGAKAN PELANCONG LUAR

    Faisal berkata, faktor itu juga menyebabkan beliau menolak untuk bekerja makan gaji tetapi akan terus menyambung usaha bersama isterinya menggoreng dan menjual karipap serta mencipta beberapa lagi jenis inti karipap untuk menarik ramai lagi pelanggan.

    Katanya dia dan isteri menetap di Kampung Pokok Tampang, Tasik Gelugor, Seberang Perai, kira-kira 15 km dari sini, dan berulang-alik mengendalikan gerai mereka di Kilang Lama di sini setiap hari.

    Gerainya di Taman Chai Leng pula diuruskan dua pembantu dan tugas mengendalikan bahan asas untuk penyediaan inti seperti mengupas keledek dan kentang dikendalikan seorang lagi pembantu manakala untuk penyediaan rempah ratus dan adunan inti karipap pula diuruskan sendiri oleh Faisal dan isteri.

    Beliau berkata, karipapnya pernah menjadi rebutan dalam kalangan eksekutif kilang, pelancong Eropah dan tempatan yang menginap di hotel-hotel berhampiran Taman Chai Leng.

    Faisal dan Norazlin berharap pada masa hadapan mereka akan dapat mewujudkan syarikat franchise membekalkan karipap pelbagai cita rasa ciptaan mereka untuk diedarkan ke seluruh negara.

    -- BERNAMA

    Oct 3, 2011

    Tanda barah payudara

    Kes kanser atau barah payudara di negara kita semakin bertambah iaitu daripada 4,048 orang pada 2000 kepada 6,991 kes (2004) dan 8,632 kes (2008) yang mewakili 13 peratus daripada keseluruhan kes kanser di seluruh negara.n Di negara kita, kanser payudara menjadi kanser utama meragut nyawa wanita. Pendaftar Kanser Kebangsaan melaporkan satu dalam 20 wanita di negara ini berhadapan penyakit berbahaya itu.


    Lebih menyedihkan, kebanyakannya lewat dikesan kerana ramai yang mengambil sikap tidak endah apabila disuruh menjalani pemeriksaan.

    TANDA BARAH PAYUDARA

    1. Benjolan atau pengerasan pada atau berdekatan payudara atau di bawah ketiak.
    2. Banyak benjolan kecil mungkin dirasa seperti kacang.
    3. Berlaku perubahan saiz atau bentuk payudara.
    4. Ada lelehan jernih atau berdarah daripada puting susu.
    5. Ada perubahan pada kulit payudara sama ada menjadi berlekuk, berkedut, bersisik atau radang.
    6. Kulit payudara atau puting menjadi merah.