Pages

Aug 20, 2011

Maklumat Tayar Dan Tips Jaga Tayar

Guna kereta dah 10 tahun, tapi maklumat pada tayar kereta sendiri pun tahu, itu luahan aku sendiri pada diri aku yang langsung tak ambil tahu, apa maklumat yang ditulis pada setiap tayar kereta. Setiap tayar ada speksifikasi dan huruf dan nombor pada tayar kereta atau tayar kenderaan ada maksud yang perlu kita tahu. Panduan dan Tips Jaga tayar ini khas kepada yang belum tahu lagi.


LIHAT NO DAN HURUF PADA TAYAR DI ATAS 165/60R14 .79T.

Nombor 165 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.


Nombor 60 menyatakan nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Huruf “R” merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 14 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 79  melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor “79″ kami perlu merujuk kepada carta “index keupayaan mengangkut tayar berat” yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 79 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 237KG / 1 Tayar. Berat maksima merujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 237 x 4 = 948 kg)



Huruf “T” yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan T dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 190 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S – 180 km/j
T – 190 km/j
U – 200 km/j
H – 210 km/j
V – 240 km/j
Z – melebihi hadlaju 240 km/j
W – 270 km/j
Y – 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.


TIP JAGA TAYAR KERETA

Anda boleh semak maklumat tekanan yang sesuai pada tayar kereta, rujuk stiker tepi pintu atau manual kereta. 

Tayar juga mempunyai sifat yang sama seperti belon, tekanan angin dalam tayar akan berkurangan sebanyak 10 hingga 20 kPa dengan sendirinya setiap bulan.

Pengurangan 10 kPa adalah bersamaan dengan berat seorang penumpang seberat 70 kilogram (kg).
Secara tidak langsung, kereta kita dibebankan tanpa disedari. Ia bukan sahaja membahayakan pemandu dan penumpang, malah meningkatkan kos penyelenggaraan dan merosakkan tayar.

Pengabaian tekanan tayar oleh pengguna sering berlaku akibat kurangnya pengetahuan mengenai kelebihan menggunakan tayar bertekanan sesuai.

Alat ATPC Membantu anda menyemak tekanan angin kereta anda, 

Menurut Sivarao, ATPC akan mengeluarkan bunyi bagi memberitahu pengguna apabila tekanan yang sesuai telah dicapai.
"Pengguna tidak perlu tahu berapa nilai yang mereka perlu tetapkan di kios angin.

ATPC akan mengeluarkan bunyi apabila tekanan yang sesuai dicapai.


"Mereka boleh menetapkan sebarang nilai yang dikehendaki misalnya 500 kPa," katanya.

Selain itu katanya, ATPC ini juga mampu mengeluarkan tekanan berlebihan dalam tayar ke nilai sepatutnya secara automatik tanpa sebarang alat bantuan yang lain sekiranya berlaku over inflation.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.