Pages

Jul 28, 2011

Tajuk Artikel Ialah Keyword Mesra SEO

Hari ini saya akan bicang mengenai keyword. Sebab apa penting keyword ialah itulah perkataan yang orang selalu cari di Google atau Yahoo. Tajuk artikel anda post ialah keyword yang mewakili content atau kandungan dalam artikel anda. Untuk blog paragraf pertama penting untuk anda ulang mengenai tajuk anda, supaya mesra seo. Untuk menulis tajuk anggaplah anda adalah orang yang mencari mengenai suatu perkara. Tajuk di post anda itu mewakili perkataan atau keyword yang sedang orang cari.


Tajuk yang mesra seo, adalah tajuk yang mudah di tangkap Google atau search engine yang lain. Kita jangan post tajuk berdasarkan apa yang kita suka, tapi fikir tajuk apa yang orang suka dan suka cari. Perkataan yang orang suka cari dalam search engine ialah keyword, jika tepat keyword anda, post anda mudah tersenarai di muka hadapan Page Google atau Page Yahoo.

Misalnya, anda ingin mencerita mengenai pelancongan di penang, Jika anda post tajuk, "Jom Pi Penang", cuba bayangkan adakah orang akan guna perkataan itu, mungkin ada , tapi tak banyak. Orang akan search tentang,
  1. dimana lokasi menarik di penang,
  2. Tempat Menarik di Penang, 
  3. Hotel di Penang, 
  4. Homestay murah di penang,
  5. tempat makan best di penang. 
  6. dan sebagainya

Tajuk tajuk seperti ini mengambar apa yang orang ingin tahu mengenai penang. Selalu tanya pada diri anda, apa yang ingin orang cari mengenai suatu topik. TIP : Tajuk yang baik tidak lebih 6 perkataan. Ini memudahkan blogspot indek semua perkataan itu dalam link post anda.

Lihat link post ini, semua perkataan masuk dalam link post : http://teratakdbendang.blogspot.com/2011/07/tajuk-artikel-ialah-keyword-mesra-seo.html

1 comment:

  1. tajuk posting memang penting untuk seo.perlu juga perubahan pada template mesra seo

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.