Pages

Jun 28, 2011

Resepi khas anak tak lalu makan

resepi sos dan kentang putar KFC

Anak saya tak lalu makan nasi, roti dan makanan lain. Perbagai masakan mak dia buat, sup dan nasi pun tak mau, mee goreng makan sikit, bubur makan sikit, kadang tu minum susu sahaja. Kalau makan dia suka lauk sahaja, misalnya telur atau ikan. Lalu kami ke KFC bawa dia beli kentang putar. Bawa balik rumah, makan habis kentang yang 1 mangkuk besar harga RM4.80. Kami beli bukan hari hari, agak dia tak lalu makan baru keluar beli. Anak saya macam ketagih pula.

bapa menung pening, anak buat hal nak makan kfc
Poket dah kosong ni.... anak minta KFC pula.................

Kalau beli selalu banyak duit tu. So kami fikir nak buat sendiri kentang putar ala-ala KFC.
Resepi kentang putar ala KFC - Jom cuba buat jamu anak tak lalu makan.

SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara Membuatnya:

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Kentang Putar

Bahan-bahan ( 10 biji kentang buah sedang)

  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sk lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Rebus kentang dgn sedikit garam
  2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
  3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
  4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya
Nak hidang, macam biasa saja, ambil sos yang telah disediakan dan siram atas kentang putar tadi. Terliur lihat anak saya makan. Kena cuba ni.... he he.

Selamat mencuba, kalau selalu ke KFC bankrap juga. Kita masak sendiri lah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.