Pages

Jun 6, 2011

Apakah Qigong

Latihan Senaman Qigong Hidayah
Apakah Qigong Hidayah, saya jumpa satu seni terapi perubatan cina, kini seorang pengamal perubatan Islam bernama Hj Lokman mengamalkan Qigong ini. Menurut hj Lokman senaman ini baik untuk fizikal dan mental.


Qigong merupakan sejenis terapi senaman tradisional cina untuk tujuan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan. Qigong kadang-kadang dieja sebagai “Chi Gong” atau “Chi Kung” yang kesemuanya bermaksud senaman pernafasan. “Qi” bermaksud “pernafasan” dan “tenaga utama” . Maksud asas yang sama dengan “Chi” (Cina), “Prana” (Sanskrit) dan “Barakah” / “Qudrah”. Pernafasan adalah aspek utama dalam pelaksanaan Qigong sebab mengikut kaum Cina, udara adalah pengangkutan utama tenaga hayat. Senaman Qigong ini adalah gabungan senaman pernafasan, memberi ketenangan dan meditasi (meditation). “Gong” bermaksud pergerakan atau pun lakuan yang bila digabungkan dengan qi akan menghasilkan penyatuan badan, minda dan rohani.

Qigong kebiasaanya diaplikasikan dengan sentuhan chi melalui tapak tangan tanpa bersentuhan kepada tempat sakit ataupun kepada organ yang menyebabkan sesuatu tempat itu jatuh sakit (punca). Ditahap advance, penyembuhan boleh dilalukan hanya dengan pandangan mata atau melalui third eye (yin tang). Qigong juga boleh diaplikasikan melalui kaedah penyembuhan jarak jauh secara makrifat. Namun begitu yang paling utama ialah untuk pengamal qigong itu sendiri mengubat diri sendiri (self healing) dengan mengamalkan latihan qigong.

Asas Dalam Praktik Qigong Hidayah


Postur

Tuntutan postur yang betul adalah perlu untuk pengaliran qi  yang sempurna ke seluruh anggota badan. Postur ini hendaklah dilakukan sepanjang masa semasa latihan ataupun menjadi amalan diluar latihan. Diringkaskan di bawah ini adalah perlu dilakukan pada awal latihan dan apabila membuat ruang qi (chi field) :

  • Kepala dan Leher
    Kepala tegak, dagu rapatkan sedikit ke dada, dan seluruh bahagian kepala dan leher rileks. Aktifkan aliran qi ke otak dan menjaga tubuh dalam keseimbangan yang baik.

  • Mata
    Fokus pandangan mata ke titik yintang dan kemudian menyambung titik ini ke tengah kepala. Tarik visi ke tengah kepala dan menutup mata atau merapatkan penutupan mata untuk membolehkan fikiran tenang.

  • Lidah
    Gulung lidah sehingga hujung lidah menyentuh langit-langit mulut atas dan berhampiran dengan menyentuh gigi. Mengadopsi ekspresi tersenyum (mengangkat bibir akhir).
    Lidah menyambung meridian sambil menjaga tubuh dalam keseimbangan yang baik.

  • ThoraxNafas keluar dan rileks daerah segitiga antara bahagian dada dan pangkal tekak sedikit ke dalam. Luruskan tulang belakang sambil berehat lengan dan jatuhkan bahu ke bawah. Aktifkan peredaran darah dan qi dalam tubuh kita.

  • BahuAngkat sendi bahu sedikit, berehat dan jatuhkan sendi bahu dan lengan di sisi. Jarakkan lengan atas 2-3 cm dari tubuh dengan ruangan bebas di bawah ketiak.
  • SikuRilekskan siku, letakkan lengan disisi. Pergelangan tangan, telapak tangan dan jari. Arahkan kedua tapak tangan seperti memegang bola qi sambil menggerakkan jari . Biarkan qi mengalir keluar dan masuk di tapak tangan.

  • PinggangLuruskan tulang belakang secara semulajadi, angkat bahu dengan lembut dan rileks ke bawah dengan lembut sambil rilekskan pinggang. Pinggang adalah tempat qi disimpan dan merupakan sokongan penting bagi seluruh tubuh.

  • PinggulBersantai sambil rilekskan tulang pelvik dan pangkal peha untuk meningkatkan kapasiti dantian rendah.

  • PerutKempiskan perut, pinggang tetap lurus. Bantuan untuk menarik qi ke dalam dantian.

  • Tulang Sulbi
    Tulang sulbi dengan lembut gerak ke depan. Tulang sulbi adalah titik awal dari base chakra, memudahkan qi untuk bergerak ke atas dan sekaligus merehatkan pinggang.

  • Kunci perineum(Hui yin)
    Tarik nafas sambil rilekskan pinggul, punggung dan tulang sulbi. Mencegah qi keluar melalui saluran najis besar dan najis kecil.

  • Lutut
    Membengkokkan sedikit ke depan, buka lutut sedikit ke arah tengah. Membantu dalam pemusatan kekuatan dari anggota tubuh bahagian bawah.

  • Kaki
    Kaki rata di lantai dengan berat badan ditampung oleh kedua-dua kaki, tetapi lebih ke arah kedalam.  Qi akan dapat bergerak turun ke kaki untuk bergabung dengan qi bumi dan beredar bebas.
 Sumber : Hj Lokman

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.