Pages

Jun 8, 2011

Ajar anak anda berdikari

Latih anak buat kerja rumah
Berdikari atau belajar buat kerja sendiri adalah latihan paling penting kepada anak anak anda. Dengan latihan peringkat awal, anak anda akan di dedah dengan sifat keusahawanan, pandai buat kerja, latih mereka kreatif dan tahu tanggungjawap.

Bagi keluarga ramai latih anak anak buat kerja rumah ikut kemampuan mereka.

Misalnya anak sulong, sapu sampah, anak ke 2, cuci tingkap, anak ke 3 lipat baju. Atau anda boleh latih mereka selepas makan pinggan mesti basuh sendiri dan simpan. Jangan manja anak sehingga anak anak tak tahu langsung buat kerja rumah.

Ini banyak berlaku dalam masyarakat kita, dimana anak anak malas buat kerja rumah, semua kerja ibubapa buat. Agak malang apabila anak langsung tak mahu bantu ibu atau bapa di rumah. Puncanya kerana ketika kecil 4 tahun ke atas tidak di latih buat kerja mudah di rumah.

Puji mereka apabila mereka buat kerja, ajar mereka cara basuh pinggan, cara basuh cawan, cara basuh baju dengan mesin basuh, cara sapu sampah, cara cuci kerusi, cara cuci kasut, dan kerja mudah yang lain.

Nampak mudah, tapi amat bermakna kepada perkembangan otak anak anak dan keusahawanan mereka.

Mulai hari ini latih mereka buat kerja, kerana akan membantu mereka berdikari semasa dewasa nanti


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.