Pages

May 25, 2011

PANDUAN MEMBELI HANDPHONE


Kepada semua yang baca artikel ni.. saya ucapkan selamat datang ke blog saya, sekarang nak aktif semula buat blog..

Kawan kawan ada handphone tak? La ni semua orang dah pakai handphone, sampai tok di kampung dah pandai cakap orang putih, apa mereka cakap, hang pi Topup ni handphone tok ni. Kredit habis, kadang Tok cakap kat Tok Wan, tolong beli sat topup RM5.00.

Handphone sekarang ni pun dah mampu milik sebab ada yang murah, ada yang mahal. Kalau dulu ye la handphone tu memang boleh dikatakan susah la jugak nak dapat dengan harga murah kan. Tapi walaupun ramai yang dah pernah pakai handphone tapi masih ada yang tak pernah sentuh pun handphone walaupun murah..Tu kira cerita lain..

Ok tip ni mungkin membantu anda...


Tips/Panduan Sebelum Beli Handphone/Telefon Bimbit


1. Kenalpasti lokasi ataupun kedai yang meyakinkan
Kalau kita nak beli sesuatu benda yang berkualiti, mesti kena survey tempat yang elok dulu kan. Yang memang boleh kita percaya tempat tu bukan jual barang-barang tiruan/tipu. So, pilihla kedai-kedai telefon yang memang kita rasa tempat yang betul untuk beli handphone dan bukan di kedai mainan.


2. Rancang Perbelanjaan Ikut Kemampuan
Yang ni pun penting jugak sebab kalau kita nak beli handphone kita mesti dah buat kira-kira berapa bajet nak beli handphone tu. Bukan pe, takut nanti dah sampai di kedai telefon tu berkenan pulak handphone mahal tak padan dengan bajet. Tapi bila balik rumah, pokai..Huk3

3. Cari Info Berkaitan Handphone Yang Nak Dibeli
Cari la sebanyak mungkin info untuk rujukan kita. Tengok apa fungsi yang ada sebelum buat pilihan. Buat perbandingan dengan handphone-handphone yang lain yang lebih kurang sama harga.


Lain lain

1. Buat tawar-menawar dulu. Compare harga di tempat-tempat lain.  Kalau pandai tawar-menawar memang untung la korang. Tapi bukan menepung tawar k. Tu untuk orang kawin je..:-p

2. Jangan bagitau bajet yang kita ada. Survey dulu sebelum beli sebab takut kena tipu.

3. Pastikan jaminan/warranty yang diorang bagi contohnya:

- Warranty kedai/warranty pengeluar
- Pastikan set original (Zitron)/ set AP. Set Zitron lebih mahal dari set AP.
- Berapa lama tempoh warranty. Lagi lama lagi bagus.
- Warranty aksesori contohnya bateri, software, speaker dll.

4. Pastikan ada cop SIRIM, barcode dan tarikh bila dikilangkan.

5. Pastikan nombor EMEI yang ada di handphone dengan jurujual adalah sama.

6. Pastikan semua aplikasi handphone berfungsi. Mintak jurujual bukak dan korang check semua berfungsi dengan baik atau tak.

7. Kalau mampu beli lah..... jangan ikut kawan kawan, buat bajet sendiri.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.