Rejim Bashar harus dijatuhkan segera kerana terlalu kejam, puak syiah ini terlalu kejam, melampau dan mengatasi manusia yang belum ada tamadun, terlalu kurang ajar. Selepas membaca berita dari DOHA ini, " - Rejim Presiden Syria Bashar al-Assad didakwa melakukan kekejaman
dan membunuh 11,000 tahanan, menurut satu laporan menggemparkan
didedahkan kepada umum, kelmarin.
Pendedahan dibuat berdasarkan pemeriksaan ke atas 55,000 gambar
dipercayai diseludup keluar oleh bekas jurugambar polis di negara
bergolak tersebut."
Difahamkan, bukti perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Bashar
tersebut turut memaparkan bukti patologi forensik yang melakukan
pemeriksaan ke atas kubur besar di Kosovo sebelum ini.
Menurut Al-Jazeera, bekas ketua pendakwa raya mahkamah khas di Sierra
Leone menyifatkan, laporan setebal 31 muka surat itu sebagai kebenaran
membuktikan rejim Bashar melakukan pembunuhan kejam secara
besar-besaran.
"Koleksi gambar jelas menunjukkan cara pembunuhan sistematik dilakukan
ke atas tahanan. Mereka dibiarkan kebuluran dan diseksa dengan kejam
hingga mati.
"Misteri kehilangan ramai penduduk Syria sejak perang saudara tercetus di negara itu kini terjawab," katanya lagi.