Pages

Oct 28, 2013

Baik Buruk GST Satu analisa Dzulkefly Ahmad

Dzulkefly Ahmad
Menjelang pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai ‘Twin Deficit’ atau ‘Defisit Berkembar’, debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.

Secara mudahnya, pertama -‘Defisit Fiskal/Budget’ kerana “Berbelanja lebih besar daripada Pendapatan” dan kedua - Defisit Perdagangan kerana “Mengimpot lebih daripada Mengekspot”. Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan ‘Penarafan Kredit’nya atau ‘Sovereign Rating’.

Terkini, dua hari lalu ‘Fitch Rating’ sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A – daripada ‘Stabil’ pada Julai kepada ‘Negatif’. Implikasi penurunan ‘penarafan’ harapnya pemimpin negara – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan.

Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan.

Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.
Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara.

Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga islsh kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan.

Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. Barulah menjadi berteraskan maklumat - knowledge politics.
 
Apa itu cukai GST?

Kalau sekarang ini kerajaan mengenakan ke atas rakyat sejenis cukai yang dipanggil sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan  atau Sales and Services Tax atau SST dalam Bahasa Inggeris, maka ia akan digantikan dengan cukai GST atau Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
 
Apa bezanya SST dan GST?

Nampaknya macam sama tetapi tidak serupa. Ia mempunyai perbezaaan yang ketara daripada segi jumlah yang dipungut kerajaan. Kalau tidak apa perlu kerajaan BN beria-ia sangat hendak melaksanakannya.

Perbezaan ketaranya ialah SST adalah cukai yang dikenakan ke atas ‘jualan dan perkhidmatan’ tertentu iaitu bukan semua yang disenaraikan, di mana cukai jualan adalah dikenakan pada kadar 5-10% dan cukai perkhidmatan pada kadar 5% sementara GST adalah cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan kecuali yang ditentukan sebagai ‘dikecuali cukai’ (tax-exempt) atau ‘sifar-cukai’ (zero-rated) kepada perniagaan pemilik tunggal (individu) dan perkongsian yang jualannya ialah RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan.

Perbezaan kedua adalah lebih rumit lagi dan saya cuba permudahkan.  GST adalah cukai berperingkat berbanding dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat.
Mudahnya, dalam SST cukai diperolehi kerajaan hanya pada peringkat pengilang sahaja sebagai cukai jualan iaitu kalau barangan berharga RM100 seperti kopi, maka pada cukai 10%, kerajaan hanya mendapat RM10, meskipun pemborong membuat keuntungan (nilai tambah) 20% (harga RM100+RM20=RM120) dan peruncit membuat 30% (RM120+RM36=harga RM156) tetapi tidak dikenakan cukai.

Sebaliknya dalam GST (ini rumit), kerajaan memungut 10% pada setiap peringkat pengilang, pemborong dan peruncit atas ‘Nilai Tambah’ mereka yakni (RM10+RM2+RM3.60)=RM15.60.
Sebab itu ada sesetengah negara sepertu United Kingdom menyebutnya sebagai VAT atau Value-Added Tax atau Cukai Tambah Nilai kerana dikenakan cukai pada setiap peringkat tambah nilai daripada pengilang, pemborong dan peruncit.

Jelasnya perbezaan ialah harga barang akan naik kerana dalam cukai SST barangan tadi seperti kopi akan dijual dengan harga RM156 kalau pemborong buat 20% untung dan 30% untung oleh peruncit tetapi harga pada cukai GST akan melonjak ke paras RM171.60.

Jelasnya kerajaan akan dapat memungut cukai yang lebih lumayan. Itulah sebabnya kerajaan beriya sangat.
 
Apakah GST akan membebankan rakyat?
Daripada penjelasan tadi tentunya GST akan membebankan rakyat. Tidak syak lagi. Lebih parah lagi kepada golongan berpendapatan rendah. Bandingkan harga cukai SST pada kadar 10% dan harga barangan pada kadar 10%. Tentunya harga akan mengalami inflasi iaitu dari RM156 ke paras RM171.60.

Sebab itu kerajaan akan cuba memulakan dengan kadar GST 5% atau 6% untuk memujuk rakyat menerimanya tetapi pengalaman semua negara yang mengenakan GST kadar akan dinaikkan dalam waktu terdekat. Berapa banyak yang dapat ditambah akan tergantung kepada kadar GST dan kecekapan mengendalikan sistem cukai baru yang sangat rumit ini.

Benar Najib akan menambah pendapatan, tetapi apakah beliau sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat teramai dan keupayaan serta kuasa membeli rakyat dikekang dengan inflasi yang pasti akan berlaku? Bukan pertumbuhan dalam tiga suku yang lalu dipacu oleh permintaan domestik dengan kata lain perbelanjaan isi rumah? Mengapa pula dikekang keupayaan mereka dengan GST? Najib jelasnya celaru serta tidak punya konsistensi dari segi kerangka pemikiran ekonomi kerana tertekan dengan pelbagai ancaman akibat dosa berbelanja dan berhutang besar dahulu.
Kalau begitu kenapa kerajaan paksakan juga GST ini kalau jelas membebankan rakyat?
Menyambung huraian tadi, mudahnya adalah kerana kerajaan menguruskan kewangan negara dengan tidak pruden atau bijak maka sekarang setelah dibebankan hutang sebanyak RM513 bilion atau 53% daripada KDNK (GDP) sementara menjamin hutang (Contingent Liabilities) oleh pihak GLCs sebanyak RM147 bilion maka kerajaan ini melepasi had hutang 55% yang diizinkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.

Tabiat kerajaan Najib pulak sejak 2009 membuat Budget Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 bilion setiap tahun. Sebelum tahun 2000, perbelanjaan tambahan tidak pernah melebihi RM5 bilion dan di antara 1992-1995, kerajaan berbelanja kurang daripada yang diperuntukan.
Nah, ketika sudah terbeban dengan hutang yang besar seperti ini maka mana lagi sumber yang Najib nampak? Tentunya rakyat. Ini yang dimaksudkan beliau bahawa rakyat didahulukan.
 
Apakah pendirian Pakatan Rakyat tentang GST?
Kami tegaskan beberapa kali dan kami berkempen dalam round pertama ‘Tolak GST 1.0’  dan mungkin kami akan jalankan kempen GST 2.0 kalau kerajaan hendak laksanakan juga.
Hujah kami mudah dan jelas. GST sebagai satu sistem cukai hanya boleh dilaksanakan kalau pendapatan rakyat di negara dapat dipertingkatkan. Buat hari ini hanya 15% daripada 13 juta warga kerja dalam pasaran kerja yang membayar cukai pendapatan iaitu yang melebihi gaji RM2,500 sebulan. Bermakna ramai yang tidak mampu. Mengikut statistiknya secara tepat hanya 1.7 juta sahaja yang membayar cukai pendapatan daripada 6.4 juta yang berdaftar sebagai pembayar cukai.

Ini bermakna warga kerja di negara ini mengalami tekanan kenaikan gaji sejak beberapa dekad lamanya seperti yang didedahkan Bank Dunia. Ini berlaku, antara lainya kerana pekerja asing dengan ketrampilan yang rendah atau ‘low-skilled’ dan dibayar yang murah dan sekaligus industri pembuatan atau pengilangandi negara ini juga kekal tidak berganjak dari membuat produk yang rendah nilai tambahnya.

Maka bagaimana hendak mendapat keuntungan dan produktiviti baik yang boleh menghasilkan gaji yang tinggi. Justeru itu kerajaan mesti menangani masalah ini secara serius di segi ketrampilan warga kerja melalui pembangunan modal insan dan pemberian insentif kepada industri khasnya Enterprise Kecil Sederhana (SMEs) dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

Kedua bagi Pakatan Rakyat kami ingatkan kerajaan Najib-BN supaya jangan menipu rakyat. Dulu kata GST tidak akan dilaksanakan sehingga waktunya. Persoalannya ialah apakah ini waktunya setelah rakyat berikan mereka mandat kembali lalu mereka mahu bebankan rakyat sebagai hadiah.
Kami tegaskan supaya tutup lubang ketirisan dan kebocoran sama ada dengan menangani rasuah, perbelanjaan boros, tidak berguna dan culas seperti didedahkan setiap tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

Itu sahaja boleh menjimatkan hampir RM10 bilion setahun paling tidaknya. Juga hentikan monopoli dan pemberian kontrak secara runding langsung atau direct-nego. Itu juga akan menyelamatkan dana rakyat tidak kurang daripada RM10 bilion setahun berpandukan prestasi negeri Selangor contohnya yang menyelematan 26% dari segi perolehan yang dibuatnya.
 
Bukan GST ini sepatutnya lebih baik dari SST?
Daripada sudut koleksi dan komplian atau pengelakkan penipuan daripada segi sistem percukaian memang diakui GST lebih baik. Dua golongan yang sangat suka apabila GST dilaksanakan. Satu, pengekspot mereka sangat suka kerana mereka tidak dikenakan cukai lagi kerana diambil alih oleh GST dan kedua tentunya akauntan kerana servis atau khidmat mereka adalah sangat dihajatkan kerana saya tegaskan sekali lagi GST memang rumit terutama pada mula diperkenalkan.

Walaupun GST dikatakan juga sebagai ‘Cukai Penggunaan’  atau ‘Consumption Tax’ atau siapa guna dia bayar atau ‘tak guna tak bayar’ tetapi saudara akan tahu kenapa GST adalah buruk bagi rakyat kalau kita kaji golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.
Contohnya seorang yang berpendapatan RM1,000 dan berbelanja sebanyak RM900, kalau dikenakan GST pada 4% maka akan membayar cukai sebanyak RM36 bersamaan 3.6% daripada gajinya. Tetapi seorang yang berpendapatan RM20,000 dan berbelanja RM10,000 akan membayar GST sebanyak RM400 bersamaan dengan 2% gaji pokoknya.

Nah jelasnya keluarga yang berpendapatan rendah yang dibebani oleh GST lebih daripada yang kaya. Daripada segi ini GST adalah tidak adil atau ‘Regressive’.

Dikatakan bahawa selepas GST dilaksanakan, cukai pendapatan individu dan korporat akan turun?
Ini juga satu hal kerana sekali lagi kita nampak ketidakadilan dalam sistem cukai ini. Memang betul banyak negara yang menggunkan sistem cukai GST akan menurunkan cukai individu dan korporat sebab memang lumayan pendapatan kerajaan.

Tetapi kalau kita renungi dengan mendalam, kita akan dapati bahawa prinsip cukai ini melakukan ketidakadilan kepada rakyat teramai khasnya golongan berpendapatan rendah kerana golongan ini yang tidak membayar cukai tentunya tidak akan mendapat menafaat dari system penurunan cukai ini.
Apakah pandangan Islam terhadap sistem cukai GST?
Sememangnya tidak ada perbahasan di kalangan Fuqaha tentang GST secara khusus di kalangan Fuqaha d ibidang muamalat.
Namun sedikit kajian yang saya buat perkara ini mungkin boleh kita fahami kalau dalam perbincangan bab “Tauudzif al-Amwal”  atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini. Tetapi ada beberapa syarat yang tegas. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu. Kedua, supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara dan ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu.
Cukup dengan tiga syarat ini dahulu pun saudara akan dapat membuat keputusan sendiri apakah wajar atau syarie kerajaan yang berbelanja besar dan bermewah lantas berhutang besar tiba-tiba menekan rakyat untuk membayar GST. Saudara fikrkanlah sendiri dan menjadi lebih tidak adil apabila dipungut daripada golongan yang berpendapatan rendah. Ini sudah songsong daripada prinsip Islam yang menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin. Islam menganjurkan Cukai Progresif dan bukan Regressif seperti ini.Maka saya minta ulama dan ilmuwan Islam mewacanakan topik GST ini. Jangan hanya berpolemik tentang kalimah Allah tidak sudah-sudah tetapi syariat dan muamalat Islam tidak ramai yang  mahu peduli sehingga negara diurus boros, tempang dan sarat rasuah - ketirisan sekali gus khianat serta berlawanan dengan tuntutan syariat Allah.
Isu tadbir urus adalah aspek yang besar dan penting dalam syariat Islam yang wajar didahulukan daripada segi keutamaan pelaksanaan dan membawa ‘maslahah syariah’  di segi keadilan agihan kekayaan sekali gus membenteras ‘mafasadah syariah; di segi kebejatan rasuah, ketirisan, pembaziran dan menangani kerakusan dan pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang bersekongkol dengan penguasa politk. – 20 Oktober, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Oct 27, 2013

Karavan Pasar Tani

Karavan Pasar Tani merupakan satu konsep baru yang diperkenalkan oleh FAMA bagi membantu peserta Pasar Tani memasarkan hasil pertanian secara bergerak dan telah memulakan operasi pada Disember 2008.
KARAVAN PASAR TANI

Karavan Pasar Tani merupakan satu konsep baru yang diperkenalkan oleh FAMA bagi membantu peserta Pasar Tani memasarkan hasil pertanian secara bergerak dan telah memulakan operasi pada Disember 2008.
 
Objektif Karavan Pasar Tani
 
Di antara objektif-objektif utama Karavan Pasar Tani termasuklah:-
  • Meluaskan pasaran hasil pertanian
  • Meningkatkan pendapatan petani
  • Medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru.
  • Menggalak dan menyediakan tempat memasarkan hasil keluaran khususnya kepada kaum bumiputera
  • Menggalakkan kaum tani khususnya kaum bumiputera menyertai bidang perniagaan.
Konsep
 
Konsep Karavan Pasar Tani adalah:-
  • Memasarkan hasil pertanian secara bergerak kepada pengguna.
  • Persembahan produk-produk yang lebih baik, telah siap dibungkus, lebih kemas, bermutu dan dijual dengan harga yang lebih kompetitif.
  • Van peserta akan ditukar imej luarannya dan akan dibenarkan berniaga di tapak-tapak pasar tani sedia ada.
Imej Komoditi Karavan Pasar Tani
 
Empat rekabentuk imej Karavan  Pasar Tani telah dibangunkan mengikut komoditi iaitu :
  • Sayur dan buah
  • Ayam, daging dan ikan
  • Produk IKS
  • Makanan (kuih-muih) dan minuman
Kelayakan
  • Usia tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
  • Telah menjadi Peserta Pasar Tani yang berdaftar dengan FAMA.
  • Memiliki lori jenis luton van "pick up" (box).
  • Mempunyai latarbelakang perniagaan Pasar tani yang baik dan rangkaian niaga yang sistematik serta konsisten dalam memasarkan produk.
  • Mempunyai kekuatan modal dan modal pusingan
  • Menjual komoditi seperti berikut:
    • ayam, daging dan ikan
    • buah dan sayur
    • produk IKS
    • makanan (kuih-muih) dan minuman
Insentif oleh FAMA
  • Rekabentuk imej luaran pada 4 jenis karavan telah disediakan dan diseragamkan bagi tujuan pengiklanan. Imej pada badan Karavan akan menonjolkan  tag line seperti berikut:
    • Pertanian adalah Perniagaan
    • Pasar tani Pasar Pilihan
    • Usahawan FAMA
    • Petikan ucapan YAB Perdana Menteri "Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badai demi mencari rezeki"
  • Kos mengecat bahagian luaran Karavan yang dipilih ditanggung oleh FAMA untuk tahun 2009 dan 2010. Pembangunan imej yang dibiayai adalah sebanyak RM 5000.00. Kos bagi pembelian sebuah karavan oleh usahawan Pasar tani dianggarkan RM 60,000.00.
Cara Memohon

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Bahagian Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat dan Pejabat FAMA yang berhampiran atau muaturun borang di sini.

Hantar permohonan yang lengkap kepada:
Cawangan Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA yang berhampiran.

Oct 26, 2013

GST akan mengurangkan kos operasi peniaga



Pelaksanaan lebih telus, kos operasi perniagaan lebih rendah, Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kenaikan dalam harga barangan dan perkhidmatan, sebaliknya mampu mengurangkannya kerana ia bakal menurunkan kos operasi peniaga, kata firma percukaian PricewaterhouseCoopers Taxation Sdn Bhd.

Pengarah Eksekutif Kanannya, Wan Heng Choon, berkata GST juga adalah lebih telus dan seragam berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan ketika ini yang mempunyai banyak kelemahan seperti cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat yang menjadi punca harga sesetengah barangan dan perkhidmatan menjadi mahal.

“Selain itu, kerajaan juga telah memberikan jaminan akan memberikan pengecualian ke atas barangan keperluan tertentu seperti produk pertanian dan makanan asas jika GST dilaksanakan bagi menggantikan SST,” katanya pada taklimat media mengenai GST di Kuala Lumpur, semalam.

Wan menjelaskan, GST bakal menurunkan kos operasi perniagaan kerana peniaga yang berdaftar boleh menuntut cukai ke atas GST yang dibayar ke atas input perniagaan, selain syarikat yang mencatatkan pendapatan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

“Kos perniagaan akan berkurangan selepas GST menggantikan SST kerana seseorang peniaga itu tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain, sekali gus boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai itu,” katanya.

Konsep nilai ditambah
GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan kepada konsep nilai ditambah kerana ia dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan, termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.

Perbezaan GST dengan SST ialah dari segi skop pengenaan cukai yang lebih meluas iaitu ia dikenakan pada semua peringkat pengeluaran dan pengedaran di samping peniaga boleh menuntut kredit cukai ke atas GST yang dibayar terhadap input perniagaannya.

Ini berbanding sistem SST yang mana cukai jualan hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang dikeluarkan daripada kilang atau diimport, sementara cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu pada peringkat ia disediakan kepada pengguna.

Wan berkata, Malaysia perlu memperkenalkan GST berikutan kelemahan SST sedia ada yang hanya menguntungkan golongan peniaga, selain ia juga mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat.

Faedah seluruh rakyat

Beliau berkata, GST yang sudah dilaksanakan di lebih 140 negara seluruh dunia juga apabila dilaksanakan bukan hanya akan memberi faedah kepada golongan berpendapatan rendah, malah seluruh rakyat selain meningkatkan hasil cukai kerajaan serta mengelakkan ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

Katanya, kira-kira 70 peratus Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dijangka menikmati pengecualian GST, manakala syarikat besar pula akan dikecualikan daripada membayar cukai bagi beberapa yuran profesional.

“Justeru, pelaksanaan GST akan memberikan situasi menang-menang kepada rakyat dan kerajaan,” katanya.

ANDA TAK FAHAM APA ITU GST

ANDA TAK FAHAM APA ITU GST
ANDA TAK FAHAM APA ITU GST.  GST akan dikenakan dan dikenakan ke atas bekalan yang dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan yang dibuat dalam perjalanan atau penerusan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. GST juga dikenakan ke atas pengimportan barangan dan perkhidmatan.
A pembekalan bercukai adalah bekalan yang standard tertinggi atau sifar undian. Dikecualikan dan daripada bekalan skop tidak bekalan cukai. GST yang akan dikenakan dan dikenakan ke atas nilai bekalan.
GST hanya boleh dikenakan dan didakwa jika perniagaan itu didaftarkan di bawah GST. Sebuah perniagaan tidak bertanggungjawab untuk didaftarkan jika perolehan tahunan bekalan cukai tidak mencapai threshold yang ditetapkan. Oleh itu , perniagaan itu tidak boleh mengenakan dan memungut GST ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggan mereka. Walau bagaimanapun , perniagaan boleh memohon untuk didaftarkan secara sukarela.
Hampir semua negara memungut cukai pendapatan, yang merupakan peratusan daripada apa yang anda dapat sebagai seorang individu. Satu lagi cara kerajaan mendapat pendapatan adalah dengan mengutip cukai daripada operasi perniagaan, seperti cukai jualan dan duti ke atas barangan yang dibeli atau dijual.
Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh beroperasi. GST adalah salah satu cara untuk mengumpul cukai-cukai yang bekerja lebih baik daripada yang lain.

How Does GST Work

How Does GST Work, MALAYSIA BAJET 2014, WHAT IS GST, PRO AND CONTRA GST
How Does GST Work.  Businesses making taxable supplies have to be registered under GST if their annual sales turnover has exceeded the prescribed threshold. Only a registered person can charge and collect GST on the taxable supplies of goods and services made by him. GST is charged on the value or selling price of the products. The amount of GST incurred on input (input tax) can be deducted from the amount of GST charged (output tax) by the registered person.

If the amount of output tax is more than the input tax in the relevant taxable period, the difference shall be remitted to the Government. However, if the input tax is more than the output tax, the difference will be refunded by the Government.

What you need to do

GST requires businesses who have exceeded the prescribed threshold to register and to keep records of input and output tax. Businesses report their liability in a specific period called taxable period.
Explore the following sections to understand your responsibilities and obligations as a registrant under GST.
  • Registering your Business
  • Issuing Tax Invoices
  • Accounting for GST
  • Filing Tax Returns
  • Input Tax Credit Mechanism
  • Claiming GST Refunds
  • Paying GST
  • Offences
  • Review and Appeals

1. Registering your Business

The first step to being GST-ready is to register for a GST identification number. You need to check whether you are required to register or whether you want to register voluntarily. Persons having businesses with annual sales turnover exceeding RM500,000 are liable to be registered under GST. Persons include an individual, sole proprietor, partnership, company, trust, estate, society, union, club, association or any other organization including a government department or a local authority which is involved in the business of making taxable supplies in Malaysia.

The annual sales turnover can be determined based on either:
  • The total value of taxable supplies of the current month and the previous 11 months, or
  • The total value of taxable supplies of the current month and the next 11 months.

You also need to decide on the type of registration best for your business:
  • Voluntary Registration
  • Group Registration.
  • Divisional/Branch Registration

Deregistration

You must apply for deregistration of your business within 30 days from the date of the following circumstances when:
  • Your business has ceased; or
  • No longer fulfill the requirements of registration.

Voluntary Registration

Any person making a taxable supply and having an annual sales turnover RM500,000 and below is not required to be registered. However, you may voluntarily apply for registration. Voluntary registration is allowable but must remain in the system for at least 2 years.
Once registered, you are required to charge and collect GST on the taxable supplies and at the same time are entitled to claim input tax credit and eligible to enjoy all facilities provided under the law.

Group Registration

Group registration is a facility that allows several companies to group and centralize their administration for the GST accounting purpose. Each company must be registered individually before they can be grouped as a single registered person and each company must be making wholly taxable supply.
Requirements for group registration :
  • Companies are eligible for group registration if one company controls another company. One company is taken to control another company if the first mentioned company holds directly, indirectly through subsidiaries or together directly or indirectly through subsidiaries more than 50% of the issued share capital of the second mentioned company.
  • One of the members has to be nominated by the group as the representative member of the group.
  • Any taxable supply made by or to a member of the group shall be treated as a supply by or to the representative member.
  • Supplies between group members would be disregarded as a supply.
  • Each member of the group is required to keep proper records as they are jointly and severally liable.

Divisional/Branch Registration

A taxable person who is carrying on its business in several divisions or branches upon request and subject to stipulated terms and conditions can be registered in the names of those divisions/branches. This is a facility for any taxable person with a number of self accounting units to register each unit separately for GST.
Each division/branch will be given a separate GST identification number and make its own returns. However, the taxable person remains accountable for all GST liability of all divisions/branches.

2. Issuing Tax Invoices

When you charge GST, you need to issue a tax invoice showing the amount of GST and the price of the supplies separately. The tax invoice has to be issued within 21 days after the time of the supply.
Particulars to be shown in the tax invoice:
  • The words 'tax invoice' in a prominent place;
  • The invoice serial number;
  • The date of issuance of the invoice;
  • The name (or trade name), address and GST identification number of the supplier;
  • The name and address of the recipient of the supply;
  • A description of the goods and/or services supplied;
  • The quantity or volume of the goods and/or services supplied, for example, litres of petrol, kilos of meat or hours of labour;
  • Any discount offered;
  • The total amount payable excluding tax, the rate of tax and the total tax chargeable shown as a separate amount;
  • The total amount payable including the total tax chargeable.
  • The Director General of Customs may upon request allow the tax invoice to be varied from the above whether in term of particulars in the tax invoice or issuance of other type of tax invoice e.g. simplified tax invoice.
The Director General of Customs may upon request allow the tax invoice to be varied from the above whether in term of particulars in the tax invoice or issuance of other type of tax invoice e.g. simplified tax invoice.

Simplified Tax Invoice

An invoice that does not contain all the particulars as required in the standard tax invoice and subject to the approval of the Director General. Simplified tax invoice can be used by the GST registrant to claim ITC provided the value of the invoice (inclusive GST) does not exceed RM500.
DG may allow the simplified tax invoice to be issued containing:
  • The name (or trade name), address and GST identification number of the supplier;
  • The date of issuance of the invoice;
  • The invoice serial number;
  • A description of the goods and/or services supplied;
  • The total amount payable including the total tax chargeable; and
  • For each rate of tax chargeable, the gross amount payable including tax and the tax rate applicable

3. Accounting for GST

Basically, all taxable persons will be required to account for GST based on accrual (invoice) basis of accounting i.e. all output tax and input tax are to be accounted and claimed based on the time when the invoice was issued or received.
However, certain categories of taxable persons may be allowed to use the payment (cash) basis of accounting. This facility may be given to businesses who carry out their activities solely on a cash payment basis.
All business and accounting records relating to GST transactions are to be kept in Bahasa Melayu or English for a period of seven (7) years.

4. Filing GST Returns

GST returns must be submitted to the GST office not later than the last day of the following month after the end of the taxable period.
Taxable period is a regular interval period where a taxable person is liable to account and pay to the government his GST liability. The standard taxable period is on quarterly basis.
However, a registrant may apply to be placed in other taxable period (monthly or 6 monthly) subject to specific conditions as follows:
Categories Periods Conditions
Standard Taxable Period Three months
  • Applicable to all taxable turnover not exceeding RM5 million
Non-standard Taxable Period One month
  • Applicable to taxable persons with annual taxable turnover exceeding RM5 million
  • applicable to other taxable persons on request and subject to approval
Six months
  • Special cases

5. Input Tax Credit Mechanism

Businesses have to charge and collect GST on all taxable goods and services supplied to the consumers. Only businesses registered under GST can charge and collect GST.
Businesses are allowed to claim whatever amount of GST paid on the business inputs by offsetting against the output tax.
  • The excess amount of output tax shall be remitted to the government within the stipulated period.
  • In the case where the amount of input tax cannot be fully recovered, businesses can make a claim for refund from the government.
  • Note:
  • Maximum time period to claim the input tax is 6 years from the date of supply.
  • Input tax credit cannot be claimed on blocked input such as GST paid on passenger motor car, club subscription fee, medical and personal accident insurance premium, medical expenses, family benefits, entertainment expenses except for employees and etc.
  • Apportionment rules have to be applied when the taxable person makes a mixed supply.

6. Claiming GST Refund

Any refund of tax may be offset against other unpaid GST, customs and excise duties. Refund will be made to the claimant within 14 working days if the claim is submitted online or 28 working days if the claim is submitted manually.

7. Paying GST

If your output tax exceeds the input tax, the difference shall be remitted to the Government together with the GST returns not later than the last day of the following month after the end of taxable period.
Online payments through:
  • Banks (to be appointed).
  • Internet facilities.
  • Manual payment:
    • Payment via cheque/bank draft/money order must be made payable to 'Ketua Pengarah Kastam' and mail to:
        Ketua Pengarah Kastam
        Jabatan Kastam Diraja Malaysia
        Kompleks Kastam Kelana Jaya
        No.22 Jalan SS6/3
        Kelana Jaya 47301
        Petaling Jaya, Selangor
      Or
    • Pay at any nearest GST office counter from 8.00 am - 5.00 pm.

8. Offences

Penalties may be imposed if the following offences are committed:
  • Any deficiency on the net tax payable.
  • No GST return is made.
  • A GST return is submitted without payment or a lesser payment;
  • Any refund paid to which there is no proper entitlement.
  • Failure to register.

9. Review and Appeals

Any person who is aggrieved by the decision of the officer of GST may apply for a review and revision to the DG within 30 days from the date of notification. Alternatively, such person shall make an appeal to the Tribunal within 30 days from the date of the decision.
The appeal case can be represented by the taxpayer himself or by any person whom he may appoint. The hearing shall be conducted in a private proceeding unless both parties agree to an open court.

Tujuan GST 1 April 2015

kebaikan  GST, kenapa GST, Why GST, Manafaat GST, keburukan GST,tujuan GST,bagaimana gst berfungsi,
Tujuan GST 1 April 2015, GST dicadangkan bagi menggantikan cukai penggunaan semasa iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST ). Pengenalan GST merupakan sebahagian daripada pembaharuan cukai Kerajaan diprogramkan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem percukaian yang sedia ada.GST terbukti menjadi satu sistem cukai yang lebih baik kerana ia lebih berkesan, cekap , telus dan mesra perniagaan dan boleh merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing dalam pasaran global.GST mampu menjana sumber yang lebih stabil pendapatan kepada negara kerana ia adalah kurang terdedah kepada turun naik ekonomi.Ia adalah penting untuk menggantikan SST yang sedia ada untuk menghapuskan kelemahan yang wujud seperti melata dan pengkompaunan kesan, memindahkan harga dan nilai pindah, tiada pelepasan lengkap barangan dieksport, menggalakkan integrasi menegak , pentadbiran kerenah birokrasi , isu-isu klasifikasi dan lain-lainPelbagai manfaat yang GST boleh menawarkan kepada pengguna dan perniagaan di Malaysia ialah:

    
Standard Hidup Lebih Baik
    
Hasil daripada GST boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan dan institusi , infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup.

    
Kos yang lebih rendah daripada Doing Business
    
Di bawah sistem semasa, beberapa perniagaan membayar cukai dan pelbagai peringkat yang lebih tinggi daripada cukai atas cukai (cukai melata ). Dengan GST , perniagaan boleh mendapat manfaat daripada pemulihan cukai input, sekali gus mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

    
Membina Negara
    
GST adalah satu kaedah yang lebih baik dan lebih cekap kutipan hasil untuk kerajaan. Lebih banyak dana boleh disalurkan kepada projek-projek pembangunan negara untuk kemajuan ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi.

    
Keadilan dan Kesaksamaan
    
Dengan GST, cukai dikenakan secara adil di kalangan semua perniagaan yang terlibat, sama ada mereka berada dalam sektor perkilangan, pemborongan , peruncitan atau perkhidmatan.

    
Sistem Penyampaian dipertingkatkan
    
GST akan ditadbir dalam persekitaran berkomputer sepenuhnya , oleh itu mempercepatkan penghantaran, terutamanya bagi tuntutan bayaran balik. Ini menjadikan ia lebih cepat , lebih cekap dan boleh dipercayai.

    
Meningkatkan Daya Saing Global
    
Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di peringkat global kerana tidak ada GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dieksport, manakala GST yang dikenakan ke atas input yang boleh diperolehi semula di sepanjang rantaian bekalan itu. Ini akan mengukuhkan industri eksport kita, membantu kemajuan negara ini lebih jauh.

    
Pematuhan dipertingkatkan
    
SST sekarang mempunyai banyak kelemahan yang wujud membuat pentadbiran sukar. Sistem GST mempunyai mekanisme di-dibina untuk membuat pentadbiran cukai sendiri kepolisan dan dengan itu akan meningkatkan pematuhan.

    
Mengurangkan Pita Merah
    
Di bawah SST sekarang , perniagaan perlu memohon kelulusan untuk mendapatkan bahan-bahan yang bebas cukai dan juga untuk pengecualian khas bagi barangan modal. Di bawah GST , sistem ini dimansuhkan kerana perniagaan boleh mengimbangi GST pada input dalam pulangan mereka.

    
Harga adil kepada Pengguna
    
GST menghapuskan cukai dua kali di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih adil bagi kebanyakan barangan dan perkhidmatan berbanding dengan SST.

    
Ketelusan yang lebih besar
    
Berbeza dengan cukai jualan sekarang ini , pengguna akan mendapat manfaat di bawah GST kerana mereka akan tahu sama ada barang-barang yang mereka makan adalah tertakluk kepada cukai dan jumlah yang mereka bayar.


Terjemahan dari http://gst.customs.gov.my/en/gst/Pages/gst_wy.aspx 

APA KOMEN ANDA

Oct 20, 2013

BAGAIMANA JUS ALKALI HIMAX5 BERFUNGSI DALAM BADAN :

BAGAIMANA JUS ALKALI HIMAX5 BERFUNGSI DALAM BADAN :
HIMAX5 BOLEH MEMBANTU MASALAH BERIKUT :

• Kencing Manis
• Batu Karang
• Darah Tinggi
• Masalah gatal-gatal kulit
• Gout
• Gastrik
• Kencing Manis
• Batuk yang berterusan
• Ketumbuhan/Kanser
• Sakit lutut
• Buasir
• Penat/Asma
• Kahak
• Sembelit
• dan pelbagai masalah jasmani masakini


BAGAIMANA JUS ALKALI HIMAX5 BERFUNGSI DALAM BADAN :

• Meningkatkan daya tahan penyakit dan penyembuhan
• Menyahkan sisa metabolisma dan meningkatkan sistem metabolisma badan
• Bertindak sebagai anti oksida, menuetralkan radikal bebas
• Anti penuan/awet muda dan menurunkan berat badan secara semulajadi
• Kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi kerana molekul airnya halus dan kandungan mineral galian dalam bentuk ionik
• Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan
• Kecergasan paras PH dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat
• Selamat untuk diminum terus tanpa dimasak
• Menapis bahan pencemar seperti racun arsenic, raksa, pelumbum dan sisa radioaktif dan 650 bakteria yang biasa terdapat di dalam air yang tercemar
• Mempunyai khasiat dan tenaga untuk menjadikan makanan dan minuman lebih sihat


INFO PRODUK :

1. Jus Alkali Himax5 adalah produk keluaran bumiputera muslim. Dikilangkan oleh Syarikat DRK Network di Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim.

2. Telah mula dikeluar dan dipasarkan kepada pengguna pada pertengahan tahun 2012 secara offline dan online. Hampir 50 ribu botol telahpun terjual.

3. Ia dirumus khas berasaskan Air Zamzam yang dipadatkan menggunakan teknologi terkini dan diadun bersama Mineral Kristal serta Pine Cyprus. Setelah diadun ianya diterapi dengan bacaan al-Quran selama 2 minggu bagi setiap produk yang dibungkus di kilang di Kelantan

4. Jus Alkali Himax5 adalah bersifat alkali tinggi kerana Air Zamzam sendiri bersifat alkali yang terbaik di atas muka bumi, sepertimana Hadis Rasulullah SAW :

“Sebaik-baik air yang dikeluarkan dari perut bumi adalah Air Zam zam, kerana terdapat padanya MAKANAN yang mengenyangkan dan PENAWAR yang boleh menyembuhkan penyakit ” (Hadis Ibnu Hibban dan al-Tabrani)

5. Pelbagai testimoni telah diperolehi dari para pengguna termasuklah dapat membantu masalah Kencing Manis, Gout, Darah Tinggi, Masalah Ketumbuhan, Buasir, Masalah Batu Karang, Gastrik, Penat/Asma, Masalah gatal-gatal kulit, sakit lutut, batuk yang berterusan, kahak, dan pelbagai masalah jasmani masakini.

Selain itu Himax5 juga dapat membantu masalah rohani seperti gangguan dalaman, masalah anak-anak yang degil dan malas belajar.

6. Bagaimana Himax5 berfungsi ?

Jus Alkali Himax5 ialah Penawar Semulajadi berasaskan Air Zamzam yang bersifat alkali akan menuetralkan asid dalam badan yang menjadi punca kepada penyakit. Disamping itu juga Himax5 akan menyahkan sisa metabolisma dan meningkatkan sistem metabolism badan.


PANDUAN PENGGUNAAN HIMAX5 :

1. Titiskan 21 titis Himax5 ke dalam 500ml air bersih/mineral/tapisan. Seterusnya kacau/goncang dan terus diminum seperti air minuman harian. Rasanya seolah macam Air Zamzam kerana kandungan alkali yang tinggi, ATAU
2. Titiskan 63 titis Himax5 ke dalam 1.5 liter air bersih/mineral/tapisan. Seterusnya kacau/goncang dan terus diminum seperti air minuman harian. ATAU
3. Titiskan 5-7 titis Himax5 ke dalam segelas air bersih/tapisan/mineral. Seterusnya kacau dan diminum sebagai minuman harian.


KEISTIMEWAAN PRODUK :

1. Harga yang murah dan berpatutan.
2. Mudah untuk diguna dan diamalkan sebagai minuman kesihatan dengan hanya titiskannya dalam air dan diminum seperti air minuman harian, rasa seakan-akan Air Zamzam.
3. Tiada pantang boleh diminum bersama-sama ubat-ubatan klinik/hospital atau farmasi.
4. Tiada bahan kimia ianya dirumus hanya berasaskan padatan Air Zamzam dan bahan-bahan alami terplih.
5. Mudah untuk dibawa ke tempat kerja kerana botolnya kecil, boleh dimasukkan ke dalam beg tangan wanita.
6. Amat baik jika diambil juga oleh orang yang sihat sebagai langkah pencegahan daripada penyakit-penyakit masakini.
7. Diterapi dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa terpilih selama 2 minggu bagi setiap produk yang dikeluarkan. -

HARGA RM65.00 SEMENANJUNG
RM70 SABAH SARAWAK

EMAIL JIKA MINAT
aurarezeki@gmail.com

Oct 19, 2013

keputusan undian UMNO BAHAGIAN ARAU: 2013

UMNO BAHAGIAN ARAU:

Shahidan 478

Ismail 439
Dato ben 291
Mak ku 408
Yb nurisyam 386
Cik zaidi 384
Wan hassan 378
Razali man 373
Umar pak wan 365
Zaidi aloq ara 364
Abdullah hassan345
Hajjah sabani 338
Azali zakaria 321
Zainal mohd 318
Hasyimi din 300
Rozaina 293
Afifi osman 265
Azmi ibrahim263
Sharifuddin 256
Pn azlina 253
Abu bakaq hamzah247
Zahari bakar 239
Yusof osman 238

Keputusan Undian Naib Presiden UMNO Terkini

Keputusan Undian Naib Presiden UMNO Terkini

Naib Presiden - 3 [Calon: 6]
Kedudukan
No Calon
Nama
Jum Undi Perwakilan
Jum Undi Dari 191 Bahagian
Sebelum
Semasa
(1)

1
01
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
49299
112
(2)

2
03
MOHD SHAFIE BIN HJ. APDAL
40842
101
(3)

3
02
HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN ONN
27791
62
(4)

4
05
MUKHRIZ BIN MAHATHIR
29160
53
(5)

5
06
MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM
8683
6
(6)

6
04
MOHD ISA BIN DATO ABDUL SAMAD
6356
5
keputusan Rasmi Sini

Senarai Calon Ahli – Ahli Majlis Tertinggi Penggal 2013 – 2016

Senarai Calon Ahli – Ahli Majlis Tertinggi Penggal 2013 – 2016

Pengerusi Tetap
BADRUDDIN BIN AMIRULDIN    1 MTB
Timb. Pengerusi Tetap
MOHAMAD BIN HAJI AZIZ    - 1
AHMAD FARIZ BIN ABDULLAH    - 2
ABD RAHMAN BIN HAJI PALIL   – 3
Presiden
MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK   1 MTB
Timb.Presiden
MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN   1 MTB
Naib Presiden
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI   – 1
HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN ONN    - 2
MOHD SHAFIE BIN HJ. APDAL    - 3
MOHD ISA BIN DATO ABDUL SAMAD    - 4
MUKHRIZ BIN MAHATHIR    - 5
MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM    - 6
Majlis Tertinggi
SHAHIDAN BIN KASSIM    - 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH    - 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR    - 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB    - 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN     – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA    - 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN    - 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN     – 8
MISRI BIN BARHAM    - 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN    -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR   – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK   –  13
AB AZIZ BIN KAPRAWI   – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM    - 15
MUSTAPA BIN MOHAMED    - 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN    - 17
IDRIS BIN HJ JUSOH    - 18
MAHDZIR BIN KHALID    - 19
RAZALI BIN IBRAHIM    - 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI    - 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE    - 22
YUSOFF BIN ISHAK     – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ    - 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS    - 25
MOKTAR BIN RADIN     – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM   – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN    - 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH    - 29
ROSNI BINTI ZAHARI    - 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM    - 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN    - 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD    - 33
RAZALI BIN HUSAIN     – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD    - 35
AZALINA BINTI OTHMAN    - 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN    - 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD    - 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH    - 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN     – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN    - 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID    - 42
HAMIDAH BINTI OSMAN    - 43
HASAN BIN MALEK     – 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI     – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN    - 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN    - 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED    - 48
IDRIS BIN HARON    - 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL    - 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD    - 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED     – 52
NASIR BIN SAFAR    - 53
AZLAN BIN MAN    - 54
ZUBIR BIN HARUN   – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN     – 56
MOHSIN BIN YUSOFF    - 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH    - 58
ISHAK BIN ISMAIL     – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK    - 61
AHMAD BIN JAAFAR     – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN     – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO    -64

Keputusan Terkini MT UMNO 2013

Keputusan Terkini MT UMNO 2013
Keputusan Terkini MT UMNO 2013. Berikut adalah keputusan tidak rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon anggota Majlis Tertinggi setakat 11 malam: 19 okt 2013

TERKINI

Majlis Tertinggi - 25 [Calon: 62]
Kedudukan
No
Calon
Nama Jum Undi Perwakilan Jum Undi Dari 191 Bahagian
Sebelum
Semasa
(1)

1
16
MUSTAPA BIN MOHAMED
29641
76
(2)

2
04
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
29243
74
(3)

3
18
IDRIS BIN HJ JUSOH
27868
74
(4)

4
31
JAMIL KHIR BIN BAHAROM
28841
73
(5)

5
13
AHMAD SHABERY BIN CHEEK
28098
73
(6)

6
15
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM
26333
73
(7)

7
49
IDRIS BIN HARON
26473
71
(8)

8
32
ABD RAHMAN BIN DAHLAN
24183
71
(9)

9
44
HASAN BIN MALEK
21660
66
(10)

10
20
RAZALI BIN IBRAHIM
24249
64
(11)

11
01
SHAHIDAN BIN KASSIM
23724
64
(12)

12
40
MOHAMAD BIN HJ HASAN
24271
63
(13)

13
19
MAHDZIR BIN KHALID
22104
63
(14)

14
25
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS
21664
61
(15)

15
06
ANNUAR BIN HAJI MUSA
22210
58
(16)

16
41
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
19575
58
(17)

17
10
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN
21224
54
(18)

18
36
AZALINA BINTI OTHMAN
19477
54
(19)

19
02
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH
18739
53
(20)

20
21
MOHD PUAD BIN ZARKASHI
18908
51
(21)

21
33
ABD. LATIFF BIN AHMAD
18055
49
(22)

22
14
AB AZIZ BIN KAPRAWI
16149
41
(23)

23
63
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN
15995
39
(24)

24
05
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN
15867
39
(25)

25
26
MOKTAR BIN RADIN
15733
39