Pages
Apr 30, 2012
Apr 29, 2012
Bersih 3 Gagal dan kotor
Pihak DBKL menawar tempat alternantif, tapi mereka nak ikut kepala otak mereka sahaja, tanpa mengikut arahan pihak berkuasa. Imej degil dan tak hormati undang-undang menjadikan mereka kotor dan degil. Mereka menggunakan kata kata kesat dan kotor dan memanggil Polis sebagai 'amjing'.
Saya nak tanya, jika PR memerintah Polis mana mereka nak guna, apakah mereka nak berhenti semua anggota polis di Malaysia kerana anggap Polis sebagai anjing kerajaan. Apakah mereka nak panggil orang luar jadi polis Malaysia. Pada masa itu apakah mereka nak panggil anjing pada polis ?
Tahniah pada Polis Malaysia.
Apr 28, 2012
Bersih 3 Gagal ke Dataran Merdeka 28 apr 2012
7.53 pagi: Keadaan lengang di Jalan Tunku Abdul Rahman dan peserta bersih 3.0 mula kelihatan |
Keadaan di Dataran Merdeka pada jam 7 pagi. |
Keadaan di Dataran Merdeka pada jam 7 pagi. |
7.47 pagi: Pekedai di Pertama Kompleks, Jalan Tuanku Abdul Rahman mula berniaga |
Sebahagian daripada peserta perhimpunan yang berkumpul di Dataran Merdeka. 1 pagi |
7.36 pagi - LRT masjid jamek (interchange ke klcc)Peserta perhimpunan dengan baju kuning mula berkumpul dan bersorak |
Apr 17, 2012
Proton preve di lancarkan
Proton preve di lancarkan dan hari ini 17 Apr 2012 boleh lihat di showroom proton preve di seluruh negara, kalau nak pi, jauh, apa kata anda lihat video di bawah dan alami pengalaman memandu bersama team proton preve.
Harga antara RM56 ribu hingga RM72 ribu. Detail lihat sini
Apr 15, 2012
Merokok Haram Dan Berdosa
Keputusan:
Decision:
The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Apr 11, 2012
Gempa bumi di sumatera, gegar barat semenanjung
Gempa bumi di sumatera, gegar barat semenanjung, antara negeri terlibat, Perlis, Kedah, Penang, Perak, KL dan kawasan berhampiran. Rakan FB saya melaporkan mereka merasa gegaran. Saya di Perlis juga merasa gegaran sebentar tadi, belaku dalam pukul 4.38 petang dan gegaran belaku hingga 4.50 petang 11 apr 2012.
Sumber melaporkan bahawa M8.7 - off the west coast of northern Sumatra 2012-04-11 08:38:38 UTC
Masa berlaku
- 2012-04-11 08:38:38 UTC
- 2012-04-11 14:38:38 UTC+06:00 at epicenter
- 2012-04-11 16:38:38 UTC+08:00 system time
Bandar terdekat
- 368km (228mi) W from Sinabang, Indonesia
- 392km (243mi) WSW from Meulaboh, Indonesia
- 433km (269mi) SW from Banda Aceh, Indonesia
- 464km (288mi) SSW from Sabang, Indonesia
- 961km (597mi) W from Kuala Lumpur, Malaysia
Apr 10, 2012
Kelebihan Tranformasi Kedai Runcit
Penyertaan dalam program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) merupakan keputusan yang tidak mengecewakan bagi 519 pemilik kedai di seluruh Malaysia. Ini termasuk Cik Jessica Wong, seorang ibu tunggal berusia 42 tahun yang menguruskan sebuah kedai runcit di Bandar Bukit Puchong.
Pada April 2011, beliau menyertai program perintis tersebut dan menyaksikan peningkatan hasil mingguan daripada RM20,000 kepada RM29,000 beberapa minggu kemudian. Program TUKAR dilancarkan pada bulan Januari 2011 untuk membantu pekedai-pekedai runcit meningkatkan daya saing melalui penggunaan teknologi moden dan proses perniagaan yang efisien.
Dengan bimbingan dan bantuan En. Mohamad Harith De Souza Abdullah, pengurus projek komersial Tesco, kedai tersebut telah berubah daripada kedai yang suram kepada sebuah kedai runcit yang menarik dan diterangi cahaya. Kedai yang asalnya tidak teratur menjadi lebih moden dan sistematik, dalam hanya tempoh 10 hari selepas mendapat khidmat nasihat daripada Harith.
"Kedai ini seperti bertenaga semula. Dahulu, saya hanya mempunyai lantai konkrit yang berdebu dan rak berkarat. Sekarang, lantai sudah berjubin dan saya mempunyai rak baru serta alat penghawa dingin. Ini menjadikan pengalaman membelibelah di sini lebih selesa untuk pelanggan-pelanggan saya," jelasnya.
Jessica juga menerima khidmat nasihat tentang cara-cara menjadikan kedai tersebut lebih efisien dengan mengubah susun atur barangan untuk dijual dan sistem operasi, menyediakan struktur planogram dan yang penting sekali, penyusunan semula cara pengurusan stok di kedai tersebut.
TUKAR juga merupakan satu pengalaman yang mengubah hidup Puan Francisca Jeyanthan yang mewarisi kedai Pasar Mini Bandar Baru Merlimau daripada bapanya. Beliau hampir-hampir berputus asa memandangkan pendapatan yang diterima agak rendah, membuatkan beliau kurang pasti untuk menguruskan perniagaan itu.
"Sebelum ini, jualan seharian hanya RM1,000 hingga RM1,900. Dengan bimbingan Mydin, ia kini sebuah kedai serbaneka yang efisien dan teratur dengan peningkatan jualan sehingga RM3,000 sehari," kata Francisca.
"Kedai kini telah digantikan dengan jubin, pendawaian elektrik baru dan selamat, rak baru yang berkilat, perkakasan baru serta produkproduk telah disusun semula menjadikan ianya lebih menarik. Saya amat berterima kasih kepada program ini," kata Francisca.
Pada tahun 2011, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk program ini. Peruncit ditawarkan pinjaman mudah antara RM20,000 dan RM60,000 dengan tempoh pembayaran semula selama 15 tahun.
TUKAR bermatlamat untuk mentransformasi dan memodenkan 5,000 kedai di seluruh negara menjelang tahun 2020.
Sumber : ETP annual report 2011
Apr 8, 2012
TIPS PANDUAN UBAHSUAI RUMAH
TIPS PANDUAN UBAHSUAI RUMAH ATAU RENOVASI RUMAH yang berkesan. Ramai antara kita membuat renovasi rumah ikut sedap hati sahaja, asal ada duit, mereka buat, harga ikut harga tukang atau harga yang di beri subcon atau kontraktor. Apa mereka cakap kita ikut sahaja. Sedar tak sedar duit habis atau pinjaman yang di buat tak cukup. Lepas tu rumah yang di ubahsuai tak siap.
80% dari pembeli rumah akan melakukan kerja renovasi. Namun tidak sampai 20% sahaja yang bepuashati dengan hasil renovasio tersebut.
Rakan baik saya Yasir Puad seorang graduan didalam jurusan arkitek di ITM, saya telah berkecimpung didalam bidang rekabentuk dan pengubahsuaian rumah ini selama 20 tahun dari peringkat rekabentuk hinggalah pengawasan projek semasa pembinaan.Beliau berjaya hasilkan Panduan dalam ubahsuai Rumah.
Yasir Puad memulakan firma sendiri sejak tahun 2004, saya telah berkhidmat didalam bidang sama dengan firma arkitek di Kuala Lumpur.
Sememangnya Yasir Puad berhasrat untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman yang ada untuk menolong pemilik rumah yang mempunyai impian bagi memiliki renovasi idaman tetapi tiada pengetahuan didalam bidang ini.
Ilmu yang bakal akan miliki nanti dapat mengelakkan :
-
Pemilik rumah seperti anda dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
-
Melancarkan segala proses yang perlu anda lalui bagi melakukan renovasi rumah anda.
-
Memastikan bahawa bajet yang dikeluarkan adalah bajet yang paling optimum. Dengan kata lain wang yang anda keluarkan sememangnya berbaloi.
Dengan ilmu serta pengalaman yang Yasir Puad ada terutamanya yang berkaitan dengan renovasi rumah telah Yasir Puad kumpulkan dalam satu ebook yang Yasir Puad namakan :TIP RENOVASI IMPIAN.
Pelbagai masalah akan timbul dalam usaha anda untuk kerja-kerja renovasi rumah anda. Oleh itu anda perlu miliki Ebook Tip Renovasi supaya anda dapat mengelakkan dari melakukan segala kesilapan, masalah serta bajet diluar jangkaan. Oleh itu miliki Tip Renovasi anda sekarang.
Cepat bertindak dengan memiliki ebook Tip Renovasi anda sebelum jualan ebook ini ditutup. KLIK 'Dapatkan Sekarang' TIPS RENOVASI IMPIAN
Apr 6, 2012
Hassan Ali Dedah Video Murtad
Ikuti sidang media Dr Hassan Ali
Salah satu Video Aktiviti Murtad Di Malaysia