Pages

Sep 27, 2011

Tentera pengaman Kesatuan Afrika Bunuh Noramfaizul

Tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU) yang melawan pihak pemberontak di ibu negara Somalia, Mogadishu, mengakui hari ini bahawa askarnya mungkin secara tidak sengaja telah menembak mati seorang jurugambar Malaysia pada awal bulan ini.

noramfaizul mohd norNoramfaizul Mohd Nor terbunuh apabila tentera pengaman dari Burundi yang meronda di bandar itu melepaskan tembakan ke atas kenderaannya. Seorang lagi wartawan Malaysia juga cedera pada kejadian itu.

"Lembaga siasatan yang ditubuhkan mendapati empat orang askar terlibat dalam kejadian tembakan itu ... dan mengesyorkan supaya keempat-empat askar, dari Burundi itu dihadapkan ke mahkamah mengikut proses ketenteraan dan undang-undang negara mereka," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan pengaman Amisom.

Menurut kenyataan itu lagi, keempat-empat orang askar itu juga telah digantung daripada dtugas.

somalia war deserted streetAmisom mempunyai kira-kira 9000 askar di Somalia bagi menghalang pemberontak yang disokong oleh al-Qaeda dan sekutunya daripada menumbangkan kerajaan yang didirikan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Militan al-Shabaab menarik diri dari Mogadishu pada bulan lalu tetapi memberi amaran, mereka akan menjalankan serangan gerila di bandar itu, termasuk melancarkan serangan bom kereta dan serangan berani mati.

Sumber : Reuter / Gambar Malaysia Kini

Sep 26, 2011

Diet Dalam Islam

Diet ini Islam atau Diet menurut Islam adalah Diet Seimbang, Al-Quran tidak terhad dalam semata-mata menyebut makanan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, tetapi pergi ke setakat memberi tips berguna mengenai diet yang seimbang, diet yang mengandungi kebanyakan jika tidak semua bahan-bahan berguna yang diperlukan untuk pertumbuhan, menguatkan dan membaik pulih badan manusia. Bahan-bahan ini termasuk haiwan protein, lemak, kalsium, besi, garam, dll kebanyakan makanan yang seimbang terdiri daripada daging, ikan, susu segar keju, dan buah-buahan. 

 Kedua-dua rujukan secara langsung dan tidak langsung telah dibuat mengenai afore disebut.
Rujukan mengenai kepentingan protein daging dalam diet manusia diberikan dalam ayat berikut:
 

"Dan binatang-binatang ternak, Dia menciptakan mereka untuk anda, di dalamnya terdapat kehangatan (pakaian) dan beberapa faedah, dan daripadanya juga kamu makan."(16:5)
 

Dalam ayat ini, rujukan khas telah diberikan kepada kepentingan makan walaupun berkata, "... beberapa faedah yang ...". Rujukan mengenai jenis daging yang lain juga telah diberikan seperti daging burung dari jenis di dalam ayat berikut:
 

"Dan daging burung dari jenis yang mereka ingini."(56:21)
 

Ikan telah sentiasa dianggap sebagai makanan protein yang sangat tinggi dan sangat penting untuk kegunaan manusia. Firman Allah::
 

"Dan dari mereka kedua-dua (segar dan air masin) kamu makan daging yang lembut segar (ikan)."(35:12)
Kegunaan susu segar ditekankan dalam kata-kata ini:
 

"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu terdapat satu pengajaran untuk anda. Kami beri minum kepada kamu apa yang ada dalam perut mereka, dari antara perkumuhan dan darah, susu yang bersih, sedap-orang yang meminumnya. "(16:66)
 

Manfaat buah-buahan sebagai khasiat yang baik boleh difahami dari ayat ini:
"Dan dari buah pohon-pohon tamar dan anggur, yang anda inginkan minuman keras dan rezeki yang baik."(16:67)
 

Begitu juga terdapat ayat-ayat yang merangkumi pelbagai buah-buahan, salad, dan sayur-sayuran yang juga memainkan peranan yang penting dalam diet yang berkhasiat, seimbang:
 

"Dialah yang menurunkan hujan dari langit, dan dengannya Kami keluarkan tumbuh-tumbuhan pelbagai jenis, dan daripada Kami membawa keluar bijirin tebal berkelompok. Dan daripada kurma dan hujan lebat datang kelompok tarikh yang tergantung rendah dan berhampiran, dan kebun-kebun anggur, zaitun dan setiap buah delima yang serupa (bentuk) lagi yang berbeza (dalam pelbagai dan rasa). Lihatlah buah-buahan mereka apabila kemudian mula ditanggung, dan kematangan itu. "(6:99)
 

Islam, sebagai agama yang lengkap, juga mengajar dan menasihati orang yang beriman kepada apa kaedah terbaik makan. Orang-orang yang beriman adalah dinasihatkan untuk bersikap sederhana dalam setiap aspek kehidupan. 

 Rujukan langsung telah dibuat dalam kesederhanaan Al-Quran Noble mengenai makan dan minum.
"Dan makan dan minum, tetapi tidak membazir dalam berlebih-lebihan, sudah tentu Dia (Allah) tidak suka kepada orang-orang yang sisa dalam berlebih-lebihan."(07:31)


bagaimana nak kurus

Sep 25, 2011

Kerana Duit Sanggup Jual 'POEN'

Kerana ingin mendapat kemewahan 3 beradik ini sanggup dan tergamak jual tubuh pada semua lelaki. Kerana  limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi “call girl” bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan berkereta mewah hingga ke ranjang.

Aiza, Lily dan Shila adalah 3 beradik yang telah rosak akibat di noda Jantan, kerana cetek pengetahuan agama mereka sanggup melakukan perkara terkutuk ini. Inilah realiti anak mudah yang rapuh pegangan agama hingga sanggup jual tubuh mereka.

Dengan hidup yang bergelumang dosa, adik keempat saya juga sering berkunjung ke rumah saya kerana menyambung pelajaran di universiti tempatan di Shah Alam. Setiap hujung minggu, dia akan datang ke rumah saya bagi menikmati kehidupan sosial seperti kami. Shila tidak berminat melakukan hubungan seks berbayar tetapi dia lebih cenderung secara ringan-ringan.

Saya terfikir, adakah dosa saya ini diwariskan kepada dua adik saya dan apakah ibu bapa masih mahu menerima kami selepas mereka tahu kegiatan kami? Saya dan Aiza tidak berani menjejak kaki ke rumah di kampung dan pulang hanya pada Aidilfitri.

Selepas memohon ampun dan maaf, kami terus pulang ke ibu kota. Panas rasanya berada di kampung.”


Itu sebahagian cerita panas yang sempat saya baca di Harian Metro hari ini.

Sep 23, 2011

Jambatan terpanjang di dunia

Jambatan paling panjang di dunia

Jambatan terpanjang di dunia Qingdao Haiwan Bridge. Kini China telah mendominasi kerja-kerja infra yang besar di dunia. Baru baru ini telah membina jambatan terpanjang di dunia. Jambatan ini sepanjang 26.4 batu atau 42.6 km. Panjang lima kilometer lebih jauh dari jarak antara Dover dan Calais dan lebih jauh daripada larian untuk sukan marathon.
Qingdao Haiwan Bridge, siap dibina bulan ini Jan 2011, menghubungkan kawasan bandar utama bandar Qingdao, China Timur Wilayah Shandong, dan daerah Huangdao, merentasi laut di daerah Jiaozhou.
Semasa berita ini di tulis jambatan 3 lorong ini telahpun di gunakan. Selepas ini apa pula kejutan besar dari negara China ini.

Sep 21, 2011

Backlinks Membantu Tingkat PR Dan SEO

Apakah backlinks. Ramai yang ingin tahu apa peranan backlinks pada laman web atau blog mereka. Sebelum itu anda kena faham apa maksud backlinks atau link balik ini. Backlinks ialah URL yang di pasang pada laman orang lain dan linknya menghala ke laman web/blog kita. Ia boleh dalam bentuk anchor text atau link exchange. Search engine amat suka jika laman anda mempunyai backlinks yang banyak.

Peranan backlinks memang banyak, antaranya:
  1. Meningkat PR web anda
  2. Meletak web anda berada di tangga teratas enjin carian, maksudnya laman web anda mudah di jumpai apabila orang search melalui google atau laman search engine yang lain
Perkara paling penting ialah membuat post artikel yang berkualiti agar blogger lain membuat anchor text pada link post anda. Ini adalah link back yang paling kualiti, apabila ramai membuat anchor text pada post blog anda.

Sep 20, 2011

JOM LIHAT WAJAH PROTON SAGA EV, EXORA REEV - VIDEO

PROTON pada 14 Sep 2011  menyerahkan sebanyak tiga unit model Saga ‘EV’ dan lima unit Exora ‘REEV’ kepada Pejabat Perdana Menteri serta empat lagi Kementerian Kerajaan iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF). Proton Saga ‘EV’ merupakan sebuah kenderaan elektrik, di mana ‘EV’ merupakan singkatan kepada ‘Electric Vehicle’. Proton Exora ‘REEV’ pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak, di mana ‘REEV’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘Range Extender Electric Vehicle’.

Sep 19, 2011

Myvi SE 1.5, Hebat Kuat Gaya

Myvi 1.5L SE, gaya hebat
Myvi itu dikuasakan oleh unit enjin sama yang boleh didapati pada model Perodua Alza. Namun, ia telah menerima talaan baru bagi disesuaikan dengan karekter pemanduan Myvi. Enjin berkod 3SZ-VE itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 76kW @ 6,000rpm dan tork puncak 136Nm @ 4,400rpm. Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, Myvi 1.5 SE dan Extreme didatangkan dengan transmisi manual atau automatik.Myvi SE 1.5, Hebat Kuat Gaya

Perodua juga akan memulakan pengeksportan Myvi ke beberapa buah negara termasuk Mauritius dan Sri Lanka. Namun, jumlahnya tidaklah besar. Hanya di antara 10 hingga 20 unit sebagai strategi untuk menembusi pasaran dan mengetahui minat pengguna terhadap Myvi di sana.

Sebelum ini, Perodua sudah mengeksport sebanyak 2,500 hingga 2,700 uniy Myvi ke Indonesia dengan memakai lencana Daihatsu Sirion.

Bagi yang mahu membuat tempahan Myvi 1.5L, anda boleh berbuat demikian di mana-mana 178 bilik pameran Perodua di seluruh negara. Demi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat Myvi SE dan Extreme secara lebih dekat, semua bilik pameran Perodua akan dibuka hingga lewat malam.

Basikal Paling Besar Di Dunia

Basikal Paling Besar Di Dunia ialah ciptaan pelajar tahun akhir yang berasal dari belanda. Basikal ini semakin popular dan WHI TV3 juga ada membuat liputan mengenai basikal gergasi ini pada Isnin 19 Sep 2011. Gambar basikal paling besar ini atau basikal gergasi anda boleh lihat di bawah:

Sep 18, 2011

Barah Otak Bahaya Kenapa Terjadi

Tanda awal barah otak ialah sakit kepala, pandangan kabur, muntah-muntah dan sering lupa. Jika anda ada tanda awal ini sila jumpa doktor segera. Hari ini saya akan kongsi Barah Otak Bahaya Kenapa Terjadi. Ini penyakit senyap yang amat bahaya. Jika teruk sukar nak ubat. Barah otak antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain barah payudara. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Jenis-jenis kanser Otak
  1. -Supra tentoria (bahagian atas otak)
  2. -Infra tentoria (bahagian bawah otak)
  3.  Kanser pada bahagian atas otak ialah
  4. -Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)
  5. -Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)
  6. -Kanser kelenjar pinea
Kanser pada bahagian bawah otak ialah;
  1. -Infra tentorial
  2. -Medulloblastoma (belakang otak)
  3. -Cerebeller astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)
  4. -Brain stem glioma (pangkal otak)
  5. -Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia.Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku.

Punca penyakit dan kenapa terjadi ?
  1. -Genetik atau keturunan
  2. -Radiasi pada otak
  3. -Pesakit AIDS,leukimia dan kegagalan buah pinggang kuman? 

Mengikut wikipedia barah otak ialah  merujuk kepada sebarang jisim yang terhasil akibat ketumbuhan luar biasa atau pertumbuhan luar kawal sel

Bagaimana nak rawat? Banyak cara samada cara moden dan rawatan Islam. Prinsip-PrinsipRawatan Bagi Penyakit Kanser

Beberapa kaedah moden telah digunakan untuk merawat penyakit kanser. Antaranya ialah:
1.  Pembedahan
2.  Ubat kemoterapi
3.  Radioterapi 

Rawatan Ayat quran

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT KANSER OTAK:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:


1. Surah At-Taubah ayat 46 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Ar-Rahmaan ayat 21 hingga 60, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anbiyaa' ayat 99 hingga 112, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

C. Amalan minggu kelima dan keenam:

1. Surah Al-Anfaal ayat 41 hingga 46, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Qasas ayat 25 hingga 33, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan hj Lokman Gombak



Sep 15, 2011

Khasiat dan Kebaikan Susu Kambing

KHASIAT SUSU KAMBING
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan dan khasiat pada tubuh manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara Khasiat dan Kebaikan Susu Kambing untuk kesihatan manusia boleh di lihat seperti berikut:


Susu Kambing Mudah Hadam
  1. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
  2. Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
Alahan Laktosa
  1. Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
  2. Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali
  1. Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
  2. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.
Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.
Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.
Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati  mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
  1. Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
  2. Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  3. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit  asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  4. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  5. Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.
TEMPAHAN KLIK
http://halalmalls.my/index.php?m=wildan_susu_kambing



===

Sep 13, 2011

Nissan Teana 2.0 Jimat Minyak

Nissan Teana 2.0 jimat minyak,paling laris di china, kereta 2011
Pengalaman seorang wartawan Harian Metro memandu Nissan Teana 2.0  amat teruja saya mengetahui lebih lanjut kereta Nissan Teana 2.0 ini. Wartaman itu berkata Nissan Teana 2.0 Jimat Minyak. Apakah ciri ciri istimewa Nissan Teana 2.0 ini.


Keistimewaan penggunaan enjin MR20DE dengan digabungkan transmisi Xtronic CVT adalah rahsianya untuk meminimumkan penggunaan petrol walaupun bentuk jentera ini tampak lebar dan besar. Sebelum itu, Teana merujuk ‘satu permulaan’ bagi masyarakat peribumi Amerika Syarikat dan jentera ini dinobatkan kenderaan sedan mewah paling laris di China.

Pengendaliannya juga cukup mudah apabila sterengnya dengan bantuan sistem elektronik memberi tindak balas yang cepat untuk mengelak lubang atau mengambil selekoh.  Jadi, tangan pemandu tidak cepat lenguh untuk memegang stereng kerana ia lebih ringan daripada sistem konvensional yang menggunakan hidrolik.

Bagi menghidupkan enjin, pemandu hanya perlu menekan butang pada papan pemuka selepas memasukkan kunci yang digabungkan bersama penggera.

Teana 2.0 mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 134 kuasa kuda (hp), manakala 190 Nm bagi kuasa kilasnya, justeru tiada masalah untuk memotong kenderaan lain atau mendaki bukit.

SPESIFIKASI

  1. NISSAN TEANA 200 XE 2.0 L
  2. ENJIN: MR20DE bersesaran 1997 cc.
  3. KUASA MAKSIMUM: 136 PS pada 5,600 rpm.
  4. TORK MAKSIMUM:  190 Nm pada 4,400 rpm
  5. TRANSMISI:  Xtronic CVT dengan enam kelajuan.
  6. TAYAR YANG DICADANGKAN Corak: ContiComfortContact CC5
  7. Saiz yang dicadangkan 215/60 R16 95V FR
  8. CIRI-CIRI KESELAMATAN: ABS, EBD, dan beg udara

HARGA:
RM145,000 atas jalan termasuk insurans 


Cadangan kereta keluarga dan pejabat.

Sep 12, 2011

Selamat Pengantin Baru Faezah Elai dan Muhammad Heykal

Selamat Pengantin Baru Faezah Elai dan Muhammad Heykal dari kami. BIARPUN satu masa lalu mereka pernah ditimpa kontroversi, kekuatan cinta, kasih dan sayang tetap menyatukan dua hati milik Noorfaezah Md Elai, 29, (Faezah Elai) dan Muhammad Heykal Mohd Hanafiah, 38.Tanggal 9 September 2011 lalu menjadi tarikh bersejarah apabila kedua-dua anak seni ini disatukan di Pulau Mutiara.


Tepat jam 3.35 petang, mereka diijabkabulkan jurunikah kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya, bersaksikan ayah Faezah sendiri, Md Elai Fazil Elai serta seorang lagi individu, Jamal Ariffin dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Platino Kondominium, Gelugor, itu turut dihadiri ayah Heykal, Mohd Hanifah Abu Bakar, 66, dan bonda, Bibi Hasnah Mohammad, 66, serta lebih 300 tetamu.


Heykal yang juga seorang duda, tiba bersama rombongannya dengan membawa mas kahwin berjumlah RM1,001 dengan sebentuk cincin bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Mempelai perempuan menerima hadiah antaranya, jam tangan, iPhone 4, senaskhah al-Quran, cincin, sirih junjung, kek serta set wangian manakala Heykal menerima senaskhah al-Quran, jam tangan, kamera dan minyak wangi.

Lebih menarik lagi, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Faezah tampak begitu anggun dengan busana putih rekaan Hatta Dolmat yang berkonsepkan moden kontemporari. 

Chevrolet Captiva di Naza Quest Ampang

Baru-baru ini, Naza Quest memperkenalkan model naik taraf Captiva. Hanya varian petrol sahaja diperkenalkan. Maruan memberitahu, varian diesel akan diperkenalkan menjelang suku keempat tahun in
Captiva dilengkapi unit pembekal kuasa baharu, enjin petrol empat silinder sebaris 2.4 L ECOTEC. Enjin bersesaran 2,384cc itu dilengkapi aci sesondol atas berkembar (DOHC) dan sistem Double Continuously Variable Cam-Phasing (Double CVC). 

Dengan semua penambahan ini, pastinya kuasa maksimum ditingkatkan kepada 123kW berbanding 100kW pada model sebelumnya. Begitu juga dengan tork maksimumnya telah dilonjakkan kepada 225Nm daripada 220Nm.

Jentera yang diimport (CBU) dari Thailand itu dipasang dengan transmisi automatik Tiptronic enam kelajuan dengan ciri Driver Shift Control (DSC).
Rekaan menarik

Bahagian hadapan Captiva menerima solekan baharu. Ini termasuk pengenaan bampar baru dan dua gril yang lebih besar. Di antara kedua-dua gril berkenaan, terpampang lambang tali leher kupu-kupu (bow tie) berwarna kuning keemasan. Sementara bonetnya memiliki rekaan yang lebih tajam.

Turut dikenakan ialah lampu depan projektor prisma dan lampu kabus baru. Bagi cermin sisi pula, bahagian bawahnya dilengkapi dengan lampu isyarat membelok LED.
Bahagian belakang tidak mengalami pembaharuan ketara. Perbezaan cuma dapat dilihat pada lampu belakang dan penggunaan warna krom pada ekzos berkembarnya itu.

Untuk rekaan dalaman, perubahan paling ketara membabitkan integrasi butang kawalan pada stereng Captiva. Bahagian kanan stereng dilengkapi butang kawalan sistem pendingin hawa dan fungsi cruise control. Sebelah kiri pula butang kawalan sistem audio. Konsol tengah jentera itu turut menerima susun atur yang lebih kemas.

Captiva didatangkan dengan dua jenis konfigurasi tempat duduk. Anda boleh memilih sama ada kapasiti lima atau tujuh orang penumpang. Kali ini, material kulit digunakan untuk membalut tempat duduknya. Susun atur tempat duduknya juga lebih mesra pengguna. Tempat duduk barisan ketiga dilengkapi saluran pendingin hawa untuk keselesaan semua.

Model SUV itu mendahului kelas tersendiri dengan teknologi Hill Start Assist. Ciri tersebut membantu mengelakkan Captiva daripada mengundur sewaktu brek dilepaskan ketika mendaki kawasan curam. Turut ditambah ialah Hill Descent Control yang membantunya mengekalkan kelajuan sewaktu menuruni bukit.
Aspek keselamatan tidak dipandang ringan. Captiva sarat dengan ciri-ciri keselamatan. Antaranya, dua beg udara pada barisan hadapan dan bahagian tepi, empat brek cakera ABS, EBD, Traction Control, ESP, ARP dan Self-Levelizer.

Ditawarkan pada harga RM153,888 seunit (termasuk duti import, cukai jualan dan aksesori), Captiva didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu coklat, putih, hitam, kelabu, perak dan merah.

Wanita Rogol Anak Lelaki

Ini kisah wanita yang gila seks, merogol anak lelaki . Kisah ini berlaku di Ohio Amerika Syarikat. Seorang wanita Ohio dituduh memperkosa anak lelakinya yang berusia 10 bulan dengan merakam aksi itu dan kemudian menghantarnya kepada teman lelakinya di Michigan.


Ashley N Jessup, 24, didakwa di Columbus, Khamis lalu atas dua tuduhan memperkosa, satu tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak dan satu tuduhan memuaskan nafsu seksual membabitkan golongan yang lemah. Pendakwa raya daerah Franklin, Ron O'Brien berkata, Ashley menghantar rakaman video itu melalui e-mel kepada teman lelakinya di Battle Creek, Michigan dan ditemui bekas teman wanita lelaki itu yang kemudian menghubungi polis. - AP

Amerika ialah negeri pelik, maju dan sering di timpa bencana akibat perbuatan manusia negara itu. Kita sering lihat dan dengar perbagai bencana menimpa negara itu. Banjir, ribut, puting beliung, gempa bumi, ketakutan dan ekonomi yang naik turun.

Kita bersyukur dengan nikmat kita terima

Sep 11, 2011

Kenapa minisites penting untuk perniagaan online?

bagaimana hasil minisite yang mesra seo

Terdapat banyak strategi boleh digunakan untuk mengiklankan produk anda di Internet. Antara opsyen yang boleh diterima pakai ialah membuat “banner” pengiklanan, mengatur kempen pemasaran email, dan secara bijaksananya menyatakan perihal produk anda dalam forum, juga mungkin peti pesanan (message board) industri yang berkenaan. Pemasaran di Internet juga melibatkan penciptaan dan pengiklanan minisite bagi tujuan mempromosi produk anda. Kenapa minisites penting untuk perniagaan online?

Anda boleh menggunakan minisites ini dengan pelbagai cara, antaranya:

1. Menyalurkan lebih maklumat dan informasi tentang produk anda dan servis yang ditawarkan.
2. Memberi tahu bagaimana bakal pelanggan dapat menghubungi anda.
3. Menjual produk dan servis anda melalui minisites ini.

Melalui artikel ini, anda akan didedahkan pada kepentingan menggunakan minisite bagi tujuan pemasaran produk dan juga beberapa garis kasar tentang bagaimana minisite ini sangat membantu.
Salah satu faedah menggunakan minisite untuk memasarkan produk anda di internet ialah anda dapat memaparkan penerangan dengan lebih jelas mengenai produk anda beserta gambar. Mengapa ini penting? Ini kerana kebanyakan pengguna dan bakal pelanggan menggunakan internet untuk mencari produk yang diingini kerana ia lebih senang dan memudahkan berurusan dalam talian. Sekiranya anda menawarkan perkhidmatan secara online sudah tentu pengguna itu tadi akan cenderung memilih produk anda berbanding pesaing anda yang tidak mengiklankan produk mereka di Internet.

Seterusnya, anda bukan hanya sekadar dapat membuat pasaran malahan secara tidak langsung menjual produk secara terus kepada pelanggan. Sekali lagi, anda telah mendapat kelebihan daripada persaingan secara terus.

Kebiasaannya, pengguna yang menggunakan Internet untuk mencari produk yang diingini lebih teruja untuk membuat pembelian dan cenderung memilih peruncit (retailer) dan penjual produk yang menawarkan perkhidmatan jual-beli secara dalam talian (online) berbanding mereka yang hanya membenarkan jualan dalam gudang (in store purchase) atau melalui telefon.

Faedah yang selanjutnya yang dapat dilihat daripada pemasaran produk melalui minisites ialah kebolehan perniagaan anda menembusi pasaran global atau serata dunia. Umum mengetahui, Internet tiada batasan dan sekatan. Ini bermakna mengiklankan sesuatu produk di minisite membolehkan penjual produk yakni anda, memberi saingan kepada para pesaing di merata tempat di dunia. Selain itu juga mampu meningkatkan daya saing sesama sendiri di kalangan pemasar peringkat tempatan. Strategi pengiklanan melalui medium yang lain seperti televisyen, radio dan media cetak hanya mampu mencapai pasaran yang terhad, terbatas dan tidak tentu kerana mungkin hanya dapat menggapai potensi pelanggan dalam kuantiti kecil dalam sesebuah komuniti dalam kawasan geografi yang tertentu sahaja.

Penggunaan Internet yang mana meliputi 24 jam sehari di merata dunia menjadikan perniagaan produk anda di minisite memberi peluang yang lebih cerah. Ini bermaksud anda dapat menyediakan perkhidmatan menjual produk selama 24 jam sehari berbanding pesaing yang mungkin mempunyai masa yang terbatas mengikut waktu perniagaan biasa. Tetapi dengan minisite, anda menjamin kebolehan anda dihubungi dan melayani pelanggan setiap jam dan masa. Hal ini adalah amat perlu dititikberatkan sekiranya anda mempunyai potensi pelanggan yang berlainan waktu atau zon masa dengan tempat anda berada dan mungkin juga pelanggan yang terlalu sibuk untuk membeli-belah pada waktu biasa yang anda tetapkan untuk urusan perniagaan penjualan produk tersebut. Lantaran itu, pelanggan seperti yang dinyatakan di atas akan lebih menghargai dan menggunakan peluang untuk mencari produk dan membeli-belah sekiranya terdapat mana-mana kedai (dalam kes ini minisite) yang memberikan perkhidmatan selepas waktu bekerja.

Kepentingan seterusnya yang dapat anda perolehi daripada kaedah pemasaran menggunakan minisite ialah anda berpotensi menjana pendapatan daripada minisite selain daripada hasil jualan produk anda kepada pelanggan. Bagaimanakah caranya? Anda boleh menggunakan minisite untuk menjana pendapatan dengan menyediakan atau menyewakan ruang pengiklanan kepada mana-mana usahawan Internet yang mahu memasarkan produk atau servis mereka di Internet.

Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati sewaktu mengiklankan sesuatu di dalam minisite anda. Sebagai contoh, anda tidak digalakkan menyewakan ruang iklan di minisite anda kepada pesaing terus. Ini adalah penting kerana anda mungkin sahaja kehilangan pelanggan berpotensi disebabkan mereka memilih untuk membeli produk yang diiklankan oleh pesaing yang terdapat dalam iklan di minisite anda berbanding daripada mendapatkan produk anda.

Seorang pengiklan yang bijak dan mahir ialah seseorang yang menawarkan perkhidmatan penjualan produk atau servis yang tidak berkait rapat atau tidak ada kena mengena dengan produk anda tetapi menimbulkan minat kepada bakal pelanggan anda. Selain itu, perlu diingatkan supaya tidak meletakkan terlalu banyak iklan di dalam minisite anda kerana ia bukan sahaja menyemakkan minisite anda, malah anda mungkin akan menanggung kerugian akibat daripada kehilangan bakal pelanggan.

Tahukah anda ada satu perisian yang dapat memudahkan kerja-kerja anda membina minisite? Walaupun anda seorang newbie anda boleh hasilkan minisite professional dengan surat jualan yang “killer”. Maklumat lanjut klik di sini 

Sep 9, 2011

Tenggiri Percik Di Restoran Ecoba Damansara Perdana

Ikan adalah sumber protein terbaik dengan kandungan vitamin B dan D, serta zat galian dan asid lemak omega-3, di mana ia kurang terdapat dalam sumber lain, malah lebih rendah kalori. Bagi meraikan keistimewaan serta keenakan sumber lautan itu, Restoran Ecoba, Menara Bata, Damansara Perdana hadir dengan promosi menarik sepanjang September dan Oktober ini.


Menurut ketua chefnya, Mohd Fauzi Basir, pelbagai jenis ikan dan kerang-kerangan ditampilkan dalam hidangan fusion menyelerakan iaitu gabungan masakan Timur dan Barat.

“Antara hidangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan bagi promosi ini ialah hidangan tenggiri tandoori percik bersama sos salsa avokado mangga serta sos namyam yang menggabungkan masakan Itali, Thailand, Melayu dan India.

“Selain itu, Ecoba menggunakan pinggan mangkuk Luzerne yang menerima sijil halal daripada Jakim,” katanya.

Penggemar makanan Jepun tidak dilupakan menerusi hidangan ikan hamaji yang diimport dari Australia, �bersama sos kacang edamame.

Jangan ketinggalan merasai keunikan serta keenakan ikan salmon perap yang dibalut dengan pastri lapis lembut dan disertakan salad segar.

Tuna yang diselar dalam tempoh singkat lalu dilapisi butiran bijan tidak kurang �menarik yang mana tuna digoreng sedikit untuk menghasilkan warna kemerah-merahan sebelum dicecah dengan sos soyu.

Pada masa sama, tingkatkan pengalaman menikmati makanan laut dengan sajian ikan trout yang dibakar bersama campuran rempah ratus Ecoba serta enak dinikmati bersama nasi.

Bagi peminat udang, hidangan dari Perancis - yabbi themidor -pasti menambat selera apabila udang galah segar diimport dari New Zealand dihidangkan segar bersama campuran ibu kentang, cendawan, krim keju pada isinya sambil disertakan cecah sos mentega.

Untuk rasa berlainan, boleh juga memilih hidangan udang yabbi panggang yang disediakan bersama sos mentega bawang putih.

Antara kelainan yang ditampilkan Ecoba dalam promosi ini ialah hidangan kepah sama ada dikukus biasa dan disertakan cecah sos namyam atau beralih ke selera tempatan dengan kepah goreng sambal belacan.

Semua hidangan ini boleh dinikmati pada harga permulaan RM12 dan boleh hubungi 03-77101118 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Rumah Urut Pusat Maksiat Negara

Rumah urut tumbuh 85% di selangor
Rumah Urut saya boleh katakan, pusat maksiat negara. Apa komen anda ?. Saya kata begitu kerana selain urut batang, mereka akan melakukan seks, nama sahaja rumah urut, tapi mereka menyalah guna lesen yang di beri untuk urut kesihatan dan urat tergeliat. Harian Metro melaporkan kegiatan meningkat amat tinggi, lihat laporan di bawah.


KUALA LUMPUR: “Kita memandang isu rumah urut bukan lagi perkara biasa tetapi ia adalah satu isu yang sangat serius. Ini kerana peningkatannya amat ketara dengan pertambahan sebanyak 85 peratus membabitkan lebih 200 rumah urut yang wujud di Selangor,” kata Presiden Malaysian Beauty Therapy Association, Prof Dr Clara L Chee.

Beliau berkata demikian ketika diminta penjelasan mengenai kadar pertumbuhan rumah urut di Selangor yang mana kegiatan itu berselindung di sebalik pusat kecantikan dan rawatan refleksologi, selain kewujudannya adalah di kawasan bandar baru.

Katanya, walaupun pengusaha pusat kecantikan memperoleh lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) namun kebanyakan menyalahgunakan lesen berkenaan dengan menjadikan sebagai pusat urut, selain menawarkan perkhidmatan seks.

“Kita bimbang masalah itu akan menular di kalangan masyarakat kerana mereka menawarkan harga serendah RM50 bagi sekali perkhidmatan.Jika masalah itu tidak dikawal ia akan terdedah kepada kanak-kanak, malah turut dilanggan pelajar universiti,” katanya.

Pauline Potter Wanita Paling Gemuk 2011

Pauline Potter Wanita Paling Gemuk 2011

Seorang wanita yang kini mempunyai berat badan 317.51 kilogram (700 paun) secara rasmi menjadi wanita paling gemuk di dunia. Pauline Potter, 47 tahun dari Sacramento, California berkata, dia kini berhasrat mengurangkan berat badan supaya dapat menikmati kehidupan semula. Pauline mendakwa, lelaki sebelum ini menganggap dia `dewi seks’ dan dia mengadakan seks setiap hari.

Tetapi sekarang, dia menjalani kehidupan yang sukar dan tidak boleh berpusing ketika tidur, malah tidak muat untuk masuk ke dalam kereta.


Dia mahu mengurangkan berat badannya hingga ke 91 kilogram sekiranya dia mahu kembali menari, pergi makan angin ataupun hanya duduk di kerusi di dalam teater.Pemegang rekod dunia ini menyalahkan cara dia dibesarkan sehingga menyebabkan berat badannya naik.

“Katanya, keturunannya memang gemuk dan ketika dia masih kanak-kanak, hidupnya dikelilingi oleh makanan.

“Berat badan ibu saya ialah 181 kilogram dan bapa saya pula lebih 272 kilogram,” katanya.

“Saya ada lapan adik beradik dan mereka semua mempunyai berat badan melebihi 136 kilogram, kecuali seorang.”

“Setiap kali kami meraikan sesuatu, kami akan makan. Ketika bersedih, jatuh atau terluka lutut, kami akan dipujuk dengan aiskrim.”

Kata Pauline, dia sudah beberapa kali menangguhkan untuk kurangkan berat badan, tapi kali ini dia buat keputusan yang dia harus ambil tindakan untuk mengurangkan saiz badannya itu kerana dia menghadapi kesukaran menjalani hidup dan terpaksa bergantung kepada anak lelakinya. -DM

Sep 8, 2011

Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan

Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan berikut:
  1. Penghulu Dol Said di Naning,
  2. Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti
  3. Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong,
  4. Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor
  5. Sultan Abdullah di Perak,
  6. Dato’ Bahaman,
  7. Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang,
  8. Tok Janggut di Kelantan,
  9. Raja Mahadi di Selangor,
  10. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu,
  11. Tok Moris, Tunku Kudin
  12. Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap,
  13. Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta
  14. Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah.
Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena.
Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya,
  1. Sheikh Tahir Jalaluddin,
  2. Syed Sheikh Al-Hadi,
  3. Sheik Muhammad Akil,
  4. Sheikh Awad Saidin
  5. Haji Abas Taha.
Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.
Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti:
  1. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba),
  2. Harun Muhammad Amin,
  3. Abdul Hadi bin Hassan,
  4. Burhanuddin Al-Helmi dan (Tokoh PAS yang terlibat sama menuntut Merdeka)
  5. Abdul Rahim Kajai.
Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.
Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’.
Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman
dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO.
Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, ”cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”.
Ringkasan Sejarah dan aliran langkah ke arah mencapai kemerdekaan:
  1.     Persidangan Malaya Merdeka Di London
  2.     Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  3.     Pengumuman Kemerdekaan Di Padang Banda Hilir, Melaka
  4.     Suruhanjaya Perlembagaan REID
  5.     Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London
  6.     Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Pertama
  7.     Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
  8.     Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Di Tandatangani
  9.     Pengumuman Perlantikan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka
  10.     Rang Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu Diluluskan
  11.     Pengumuman Jemaah Kabinet Yang Pertama Selepas Merdeka
  12.     Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen Tiba Untuk Upacara Kemerdekaan
  13.     Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan
  14.     Perasmian Stadium Merdeka
  15.     Bendera Union Jack Diturunkan di Melaka
  16.     Detik Jam Tengah Malam Di Padang Kelab Selangor
  17.     Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
  18.     Penetapan Tarikh Merdeka Pada 31 Ogos 1957
Sumber : Arkib Negara

Sebenarnya Arkid negara telah istihar Tokoh PAS seperti Burhanuddin Al-Helmi sebagai tokoh pejuang kemerdekaan.

Sep 7, 2011

Sidang akhbar pemimpin Pas mengenai isu kenyataan Mat Sabu tentang Mat Indera

Sidang akhbar pemimpin Pas mengenai isu kenyataan Mat Sabu tentang Mat Indera


Lihat video

Sep 6, 2011

Mat Indera Bukan Komunis Kata Suhaizan

Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

johor pas youth visit mat indera brother johan shah 060911 suhaizan kait johan shah
Malah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (gambar sebelah, kanan), pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.

"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad - Johan Shah (gambar atas, kiri) - semalam.

Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu.

Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.

"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.

Dibuang daerah, diseksa British
Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British".

Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:

- Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.

johor pas youth visit mat indera brother johan shah 060911 suhaizan kaiat-
Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.

- British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.

- Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.

- Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.

- Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.

- Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.

- Mat Indera tidak pernah berkahwin.

Suhaizan facebook

Keunikan Raya Di Perbagai Negara

Lain tempat lain caranya mereka beraya. Raya di Malaysia di meriahkan dengan solat aidil fitri, ketupat, lemang, rendang dan rumah terbuka. Juadah wajib kita ialah ketupat , lemang, rendang dan kuih tradisional melayu. Bagaimana raya di negara luar. Lihat  Keunikan Raya Di Perbagai Negara


TUNISIA - PESTA 4 HARI

Biasanya, sambutan di negara ini diraikan tiga hingga empat hari. Persiapan Aidilfitri pula diadakan beberapa hari sebelum Syawal. Manisan ‘Baklawa’ atau ‘Baklava’ atau pastri manisan dan ‘kaak’ (kek - roti manis) menjadi juadah utama. Kebiasaannya, orang lelaki bersolat sunat di masjid manakala wanitanya jika tidak ke masjid, menyediakan hidangan untuk tetamu. Lumrahnya, kanak-kanak akan menerima bungkusan manisan, gula-gula, biskut dan hadiah seperti anak patung kecil manakala majlis makan tengahari diadakan di rumah ketua keluarga dan selepas itu diadakan tari menari, nyanyian, paluan gendang serta bunyi-bunyian. Tidak ketinggalan acara ziarah rumah sanak saudara yang dihidangkan dengan pelbagai juadah untuk tetamu.

NIGERIA - ‘BARKA DA SALLAH’

Aidilfitri di negara ini dikenali sebagai ‘Small Sallah’ dan ia bukan hanya disambut oleh umat Islam saja, kerana orang yang menganut Kristian turut meraikannya. Menjadi tradisi umat Islam bertukar-tukar ucapan Selamat Hari Raya ‘Barka Da Sallah,’ (bahasa Hausa). Selain itu, apabila diumumkan tarikh 1 Syawal, maka akan keluarlah pemuda dengan gendang dan alat tiupan masing-masing. Mereka akan mengetuk gendang dan meniup alat tiupan meraikan kedatangan Syawal dengan penuh kegembiraan. Cuti umum dua hari bagi menyambut Aidilfitri di negara ini dan kebiasaannya umat Islam akan pulang ke kampung halaman mengunjungi sanak saudara.

ARAB SAUDI - SUMBANGAN MISTERI

Sikap murah hati masyarakat Arab Saudi ketika Ramadan, turut diteruskan pada Syawal. Buktinya, rumah golongan miskin dan yang tidak memerlukan, menjadi sasaran si kaya yang meletakkan sumbangan hamper barangan keperluan di depan pintu. Selain itu, kanak-kanak turut menerima duit raya daripada orang tidak dikenali. Bagi keluarga, selepas bermaaf-maafan, kanak-kanak turut menerima manisan seperti gula-gula, coklat, biskut dan mainan selain duit raya. Golongan peniaga turut memberi hadiah percuma kepada pelanggannya.

TURKI - PERAYAAN MANISAN

Aidilfitri turut dikenali Bayrami Seker (Perayaan Manisan) dan biasanya akan kedengaran ucapan "Bayraminiz kutlu olsun (Semoga dirahmati menyambut Bayram) atau Bayraminiz mübarek olsun (Moga Bayram anda dirahmati) atau Mutlu Bayramlar (Selamat Hari Bayram). Pada malam hari raya biasanya bandar dan desa dihiasi lampu berwarna warni. Malah, Masjid Biru di Istanbul terang benderang dengan pelbagai lampu berwarna warni. Hari raya di Turki adalah cuti umum dan sekolah serta pejabat kerajaan akan ditutup selama tiga hari. Seperti sambutan di Malaysia, umat Islam di Turki memakai pakaian cantik dan baru di panggil Bayramlik (baju raya) pada hari raya dan berkunjung ke rumah sanak saudara. Selepas solat sunat Aidilfitri, keluarga berkumpul untuk sesi bermaafan yang mana orang muda mencium tangan kanan orang dewasa manakala yang dewasa mengusap-usap dahi dan kepala anak dan cucu mereka. Ziarah ke kawasan perkuburan turut dilakukan. Selain itu, pertunjukan pentas termasuk pertunjukan wayang kulit Karagoz and Hacivat dan majlis sambutan hari raya yang meraikan orang miskin dan anak yatim.

INDONESIA - HABUAN BONUS

Syawal lebih sinonim Idul Fitri atau Lebaran yang turut diisytiharkan cuti dua hari. Majikan wajib memberikan pekerja mereka bonus atau dipanggil ‘Tunjangan Hari Raya (THR)’ yang termaktub dalam undang-undang Buruh. Namun, ia tertakluk kawasan. Contohnya, di Jakarta bayaran bonusnya Rp1 million (RM348.68) atau satu bulan gaji dan pekerja yang bekerja di hari raya layak menerima dua kali ganda bayaran. Ramai penduduk ibu kota besar Jakarta, Surabaya dan Bandung sama ada Islam atau bukan Islam turut pulang ke kampung halaman - fenomena digelar mudik. Pada malam Aidilfitri, diadakan acara bertakbir rumah ke rumah, di surau mahupun masjid.

MYANMAR - KONGSI JUADAH

Hari Raya di sana dipanggil Eid Nei’ atau Eid Ka Lay atau Shai Mai Eid. Shai Mai adalah bihun yang direndam dalam air gula bersama isi kelapa, buahan-buahan kering dan sengkuang yang dimakan pada hari raya. Pada malam hari raya, remaja dan lelaki muda yang dikenali sebagai kumpulan Jago akan memukul gendang dan bermain alat muzik ketika berkunjung dari satu rumah ke rumah di kawasan kejiranan masing-masing. Kumpulan Jago ini kemudian dihidangkan dengan juadah hari raya dan diberikan duit raya oleh tuan rumah. Walaupun hari raya bukannya cuti umum di Myanmar, biasanya majikan akan memberi cuti kepada kakitangan mereka untuk menyambut Aidilfitri. Umat islam di Myanmar juga sering bertukar juadah hari raya dengan sanak saudara dan jiran tetangga manakala pemberian hamper dan makanan atau hadiah diberikan kepada orang miskin dan anak yatim oleh badan kebajikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta.

FIJI - BUDAYA MELANESIANS

Mungkin ramai yang tidak tahu, kira-kira tujuh peratus rakyatnya beragama Islam. Majoriti berasal daripada India yang berhijrah ke negara itu lewat abad ke-19 dan 20. Ada juga penduduk tempatan ‘Melanesians’ yang menganut Islam. Memandangkan kebanyakan umat islam di sana mempunyai darah India, maka budaya dan sambutan di sana menyamai budaya dari negara. Makanan tradisi hari raya di sana juga adalah sama, (bihun direndam dengan air gula dan susu suam), samosa, kari ayam dan daging serta pelbagai makanan ringan berasal dari India. Seperti umat Islam di negara lain, umat Islam Fiji bersolat sunat Aidilfitri di masjid manakala wanita menyediakan juadah untuk dimakan selepas solat. Kanak-kanak paling gembira kerana diberikan duit raya dan bungkusan manisan serta mainan.

CHINA - KENDURI KESYUKURAN

Kira-kira 10 kumpulan etnik yang diiktiraf di China, menyambut hari raya. Mereka mewakili kira-kira 18 juta orang. Aidilfitri adalah cuti umum bagi wilayah Ningxia dan Xinjiang. Biasanya, penduduk bercuti selama tiga hari. Di wilayah Xinjiang, Aidilfitri turut disambut oleh etnik Cina Han, yang menjadi pengedar utama daging kambing, biri-biri dan lembu untuk penduduk setempat sebagai salah satu bentuk kebajikan setiap kali beraya. Di Yunnan, selain amalan kunjung mengunjungi, kebiasaannya penduduk wilayah itu akan keluar beramai-ramai menziarahi pusara Sayyid 'Ajjal's iaitu gabenor pertama wilayah yang berasal daripada Iran. Menjadi rutin setiap kali Syawal diadakan bacaan doa dan kenduri kesyukuran. Apa yang menarik di Xinjiang, selepas solat sunat Aidilfitri, lelaki Uygur akan membentuk bulatan besar dan mempersembahkan tarian tradisi masyarakat mereka dikenali sebagai Daolang Maxi Laifu. Di wilayah Urumqi, hari raya bukan hanya disambut oleh umat Islam, ia juga diraikan etnik lain yang bersama-sama menari dan memukul gendang serta meniup alat tiupan tradisional.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Fauxi Ahmad

Sep 5, 2011

Folio sejarah, Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sep 4, 2011

Siapa Mat Indera atau Ahmad bin Indera



Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu




Siapa Mat Indera, Ia semakin popular apabila Mat sabu mengaitkannya dengan serangan balai polis Bukit Kepung. Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.


Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap, apabila beliau menyentu rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari

RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Sejarah Kemerdekaan Malaysia. Ia adalah suatu proses yang panjang, sukar, penuh iktizam, keazaman, semanggat patriot yang amat kuat, kesungguhan pejuang dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan negara ini. Di bawah ini adalah ringkasan bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan.

Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang. Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957



Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan Tanah Melayu. Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu.

Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu.



Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union.

Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu.

Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran.



Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948.

Pada 1951,
kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham – ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri.

1951
pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil. Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi. Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan kearah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British.

Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.

Januari 1956,
rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan.
British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka


KESIMPULAN
Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang

Sep 1, 2011

Sejarah Jasa Rejimen Askar Melayu

askar melayu diraja
Sejarah Awal, Kelahiran rasmi daripada Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933 adalah titik permulaan orang Melayu yang menjadi pribumi Tanah Meyau terlibat dengan pertahanan negara yang sedang dijajah oleh Inggeris pada ketika itu. Sebelum itu pemerintah Inggeris agak ragu untuk mempersenjatai dan melatih orang Melayu dalam bidang ketenteraan, tetapi keengganan Inggeris berubah dan pada tahun 1930-an memikirkan sumber kewangan yang terbukti mahal untuk menyewa pasukan Rifles Burma dari India.

Dengan peristiwa Depresi Besar 1928-1932, kesannya dirasai di seluruh dunia dan pada tarikh 13 September 1932, Pejabat Kolonial dan Perang di London telah meluluskan pada prinsipnya pembentukan Rejimen Askar Melayu.

Rejimen yang yang dikenali sebagai “Kompeni Percubaan” itu mendapat keanggotaannya daripada lebih daripada seribu pemohon yang yang dipanggil untuk ditemuduga oleh pegawai daerah dan iklan dalam akhbar Melayu serta bantuan penghulu.

Pengambilan pada awalnya terhad kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tetapi kerana rejimen seharusnya merangkumi seluruh negeri dalam Tanah Melayu maka pengambilan telah merangkumi semua negeri kecuali Johor yang mempunyai tentera sendiri.

Kumpulan pertama Askar Melayu telah ditempatkan di kem sukarelawan lama yang berhampiran dengan laut kira-kira lima kilometer dari Port Dickson dan kem tersebut mempunyai empat tempat kediaman, bangunan pejabat, sebuah padang kawad dan beberapa kawasan latihan.

Pegawai Memerintah Rejimen Askar Melayu yang pertama ialah Major GS Bruce dari Rejimen Lincolnshire yang bertanggungjawab untuk melatih kumpulan berkenaan selama lima bulan dan latihan kawad diberi hukuman dalam bahasa Inggeris.

Semasa pasukan percubaan itu menjalani latihan orang ramai telah diberi peluang untuk melawat kem latihan untuk menyaksikan perbarisan mereka pada hari Ahad sebagai kempen untuk menarik minat rakyat kepada dunia ketenteraan.

Selepas lawatan oleh Pesuruhjaya Tinggi, Sir Shenton Thomas, pada bulan Julai 1933, Majlis Persekutuan mengumumkan bahawa Rejimen tersebut akan dikembangkan dengan pengambilan seramai 15 orang anggota dengan sesi latihan untuk 30 orang anggota direkrut setiap dua bulan.

Bruce dan pembantunya Kapten AG Exham telah mengilhamkan logo pasukan Askar Melayu yang pertama dengan motto “ Taat Setia “ dengan tiga warna yang dipilih-hijau (warna lambang Islam), kuning (lambang raja-raja Melayu) dan merah (sebagi pengaruh Tentera Inggeris).

Pada tahun 1934 sasaran kekuatan Askar Melayu ialah seramai 229 anggota dan Rejimen Askar Melayu telah menyediakan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 50 orang anggota semasa pembukaan sidang Majlis Persekutuan pada 22 Oktober 1934.

Seramai dua ratus tiga puluh orang baru telah menyertai Askar Melayu dan pada bulan Februari 1935 dan sebelum itu pada bulan Januari 1935 Kompeni Percubaan telah dinaiktaraf menjadi Rejimen Askar Melayu.

Pada akhir tahun 1938 seramai 261 anggota tentera yang berkahwin telah dipindahkan ke kem dan dengan kekuatan Rejimen seramai 380 orang ia telah diserapkan ke dalam organisasi batalion yang terdiri daripada dua Kompeni Infantr iaitu "A" dan "B", sebuah sayap Markas yang termasuk satu platun senjata “machine-gun”, Bahagian Semboyan dan Kor Drum.

Askar Melayu di Singapura

Rejimen Askar Melayu menjalankan aktivitinya di Singapura pada tahun 1937 dan ia terlibat dalam latihan lanjutan dan mengambil bahagian dalam operasi gabungan bersama.

Pada 1937 Rejimen ini turut terlibat untuk mengendalikan krisis 6,000 pekerja kilang batu arang Colliery di Batu Arang yang mogok dan insiden itu dapat ditangani dengan berkesan.

Kegiatan lain pada 1937 yang mendapat perhatian ialah penghantaran kontingen kecil untuk Pertabalan King George dan penyertaan rejimen dalam Searchlight Tattoo di Farrer Park Singapura.

Pada tahun 1938, sekali lagi Rejimen Askar Melayu ke Singapura untuk latihan pembukaan Graving Dock Raja George VI di Pangkalan Laut Singapura.

Salah satu prestasi terbaik daripada Rejimen ialah penglibatan empat pegawai kadet Melayu menghadiri kursus Bren-gun di Singapura bersama-sama dengan anggota Tentera Inggeris dan memenangi empat tempat pertama daripada jumlah 15 peserta kursus menewaskan peserta Tentera Inggeris.

Apabila perang di Eropah meletus pada bulan September 1939, Rejimen tersebut dimobilisasi dan latihan intensif dilaksanakan dan sebuah Kompeni diwujudkan sebagai tambahan iaitu “Kompeni W” dengan pengambilan anggotanya pada bulan Februari 1940.
Pada bulan April 1940 sebuah kem yang berbumbungkan atap dibina di Normanton Oil Depot, Singapura untuk digunakan oleh Rejimen Askar Melayu.

Namun Rejimen yang telah bergabung dengan Brigade Loyal 2, datang ke Singapura pada bulan Julai tahun 1940 merupakan Brigade Infantri Melayu pertama dan mengambil alih sektor "L" di Pasir Panjang, termasuk sub-sktor Labrador dan Jurong Boom dari 2 Dogra Rejimen.

Dengan pendudukan Jepun di utara Indo-China pada bulan September 1940, ancaman perang ke atas Tanah Melayu semakin dekat dan akhirnya serangn ke atas Tanah Melayu dilakukan begitu pantas .

Pada saat Rejimen telah berundur ke Singapura, ia mempunyai 1,400 orang anggota bersama 2nd Loyal Regiment Tentera British untuk membentuk ‘Malaya Infantry Brigade” yang pertama.

Tugas Rejimen adalah untuk mempertahankan bahagian barat pulau Singapura dan Batalion Pertama Askar Melayu memberi tumpuan pada pertahanan pantai di sektor "L" sementara Batalion Kedua menduduki kawasan sepanjang Sungai Jurong.

Perang Pasir Panjang

Jepun menyerang Singapura pada 8 Februari 1941 dan pada 9 Februari Kompeni "B", Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu menerima serangan hebat daripada tentera Jepun di Pasir Laba lalu berundur ke Depot Normanton.

Serangan Jepun begitu hebat sekali di kawasan No 44 Indian Brigade dan pasukan Askar Melayu terpaksa berundur ke kedudukan yang lebi h selamat di belakang Sungai Pandan di West Coast Road dan pada 11 Februari mereka terus diasak oleh tentera Jepun.

Dalam pertempuran siang dan malam, platun dan seksyen menjadi terpisah dan pada 13 Febrauri 1941 Askar Melayu diserang dari udara dan meriam berat dan mortar menyebabkan korban jiwa di kalangan pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang lain.

Elemen dari Japanese 16th Division melancarkan serangan berat dengan sokongan kereta kebal dan pesawat perang sepanjang Pasir Panjang Ridge.

Bahagian depan pertahanan yang terdiri daripada Kompeni A dan B Batalion Kedua Askar Melayu, Batalion Pertama dan Loyals tidak dapat bertahan dan Batalion ke-2 mengundurkan diri ke daerah Brickworks Alexandra.

Kompeni “C” menpertahankan Kampung Pasir Panjang di hujung Reformatary Road dan terlibat dalam pertempran yang sengit dengan tentera Jepun.

Dalam pentempuran tersebut Prebet Yaacob Bin Bidin berjaya mejejaki kedudukan mortar musuh melalui rimbunan semak yang terbakar dan menewaskan musuh dengan tembakan senjata Bren-gun dan pada sebelah malam Kompeni C berundur ke kawasan Kilang Kerajaan sekitar 55 meter daripada Pasir Panjang Road.

Pada 14 Februari 1941 Batalion Pertama berundur dari Buona Vista Village ke Labrador dan serangan musuh semakin hebat maju menuruni Pasir Panjang Road mengasingkan Kompeni "C" Syarikat dan dan pada saat serangan itulah Leftenan Adnan b. Saidi dan anak buahnya berjuang bermati-matian dengan bom tangan dan senjata automatik sehingga ke titisan darah yang akhir.

Ramai pegawai dan anggota Askar Melayu telah tewas dalam pertempuran tangan ke tangan (hand-to-hand combat) dan ramai yang ditangkap dan diseksa oleh tentera Jepun termasuk Hero Lagenda Leftenan Adnan yang digantung dan ditikam dengan benet bertubi-tubi dan kuburnya masih belum ditemui hingga hari ini.

Leftenan Abbas b. Abdul Manan adalah satu-satunya pegawai yang masih hidup membawa empat anggotanya keluar daripada kawasan pembantaian Jepun dan akhirnya tiba di Markas Batalion.


Pertempuran terakhir Askar Melayu berlaku berhampiran Alexandra Brickworks dan Kopmpeni D berjaya membunuh 94 orang tentera Jepun walaupun mereka akhirnya terpaksa menyerah kalah pada 15 Februari 1941.

Askar Melayu yang selamat telah berkumpul pada 15 dan 16 Februari 1941 di Golf Keppel Link dan pada pagi 17 Februari seramai 8 orang pegawai dan 600 anggota dipisahkan daripada pegawai Tentera British berbaris untuk bergabung dengan tahanan tentera India di Farrer Park dan tentera British akhirnya dibawa ke Penjara Changi.

Selepas dua minggu dalam tahan Jepun seramai lima orang pegawai Askar Melayu telah dihukum bunuh oleh tentera Jepun kerana keengganan mereka untuk memakai pakaian awam dan menerima pembebasan.

Anggota yang melarikan diri ke Tanah Melayu telah ditangkap dan dipenjara selama satu tahun dan beberapa orang askar lain-lain pangkat telah dihantar sebagai buruh paksa ke Thailand dan Indonesia dan. majoriti akhirnya dibebaskan daripada kem penjara di Singapura.

Satu bulan selepas pendudukan semula Malaya, Rejimen Askar Melayu dihidupkan semula pada 5 September 1945 dan dianggotai oleh veteran Perang Jepun 1941-1942.

PASCA PERANG

Pada tahun 1946 pihak British Military Administration yang mentadbir Tanah Melayu selepas perang tamat mencadangkan penyusunan semula Rejimen Askar Melayu dengan cadangan pembentukan pasukan daripada pelbagai kaum tetpai telah ditolak oleh Raja-raja Melayu.

Akhirnya idea untuk tentera pelbagai kaum telah digugurkan dan Rejimen Askar Melayu dikekalkan sebagai sebahagian daripada pasukan Tentera Darat dan pada tahun 1947 Jawatankuasa Pertahanan Seberang Laut Britain meluluskan pembesaran Rejimen Askar Melayu kepada lima buah batalion.

DARURAT 1948-1960

Dalam Operasi Gerik, Perak bermula pada 1947 hingga 1950 yang diketuai Oleh Lt Col G.R Garreet dan Lt Col G. T Denaro telah berjaya membunuh seramai 38 orang PGK dan menawan 12 PGK dan seorang anggota pasukan telah terkorban ialah Pbt Sulong bin Abdullah pada 9 Ogos 1949.

Operasi Kawasan Mentakab, Pahang bermula pada Januari 1950 hingga Februari 1952 diketuai oleh Lt Col S. Whitting berjaya menbunuh 15 orang PGK dan menawan 13 orang PGK manakala anggota pasukan yang terkorban ialah seramai 4 orang.

Operasi Kawsan Negeri Sembilan bermula Januari 1951 hingga Februari 1951 yang diketuai oleh Lt Col S. Whitting telah berjaya membunuh seramai 28 orang dan menawan 15 PGK manakala anggota pasukan yang telah terkorban seramai 12 orang.

Operasi Kawsan Pahang bermula Disember 1951 hingga Februari 1952 juga diketuai oleh Lt Col S. Whitting di mana pasukan telah berjaya membunuh 6 dan menawan seoarang PGK.

Operasi Kawsan Kluang, Johor bermula Mac 1952 hingga Mac 1953 yang diketuai oleh Lt Col S. J. Linden Kelly dan pasukannya berjaya membunuh 10 PGK manakala 2 orang anggota pasukan telah terkorban.

Operasi Kawsan Batu Gajah, Perak bermula pada April 1953 sehingga Mac 1953 yang diketuai oleh Lt Col S.J Linden Kelly dan Lt Col D.G Jebb dan pasukan telah berjaya membunuh 12 PGK dan menawan 2 PGK manakala anggota pasukan yang terkorban seramai 4 orang

Operasi Kawsan Kepala Batas, Kedah bermula Mei 1955 sehingga Disember 1960 yang diketuai oleh Lt Kol D.G Jebb dan Lt Col C. A. Morris dan pasukan telah berjaya membunuh 14 PGK dan menawan 6 PGK manakala seorang anggota pasukan terkorban.

KONFRANTASI

Satu peristiwa yang mungkin tidak dapat dilupakan dan menjadi sejarah titik hitam dalam lipatan sejarah Askar Melayu ialah Peristiwa Kalabakan yang mengorbankan seorang pegawai dan tujuh anggota Batalion ke-3 manakala 18 orang anggota lagi tercedera.

Peristiwa berdarah ini berlaku pada 29 Disember 1963 tidak jauh daripada tebing Sungai Kalabakan dan lokasinya kira-kira 40 km ke utara Tawau berhampiran sempadan Kalimantan tidak jauh daripada penempatan kecil Pasukan Keselamatan Malaysia yang terdiri daripada satu penempatan Pasukan Polis Hutan dan sebuah lagi penempatan tentera terletak di suatu lereng bukit.

Kedua-dua penempatan dipisahkan dalam jarak lebih 300 meter dan Pos Polis dipagari dengan dawai berduri mempunyai kekuatan 15 orang anggota, manakala penempatan pasukan tentera tidak pula berpagar.

Anggota Platun 1 Kompeni A dan kemudiannya disertai oleh seksyen dari Platun 10 Kompeni C ditempatkan di kawasan perkhemahan berkenaan di lereng tanpa sistem keselamatan serta pertahanan yang lengkap.

Seramai seramai 130 orang tentera Indonesia daripada pelbagai pasukan bergerak dari Kalimantan menyusup ke kawasan Malaysia pada pertengahan Disember 1963.
Pasukan tersebut singgah di Serudong dalam perjalanan menuju ke Selimpopon dengan melewati Tarakan untuk ke kem balak Teck Guan dekat Kalabakan dan mereka bermalam di situ pada 28 Disember 1963.

Mejar Zainol Abidin bersama dua seksyen dari Kompeni C digerakkan ke penempatan Platun 1 Kompeni A di Kalabakan pada 29 Disember bagi memperkuatkan sub-unit berkenaan.

Tiga buah kubu, setiap satu untuk tiga orang, dibina untuk tujuan pertahanan, Kubu berkenaan terletak di kiri dan kanan serta di Sebelah kanan belakang rumah atap dan digunakan untuk menenmpatkan senjata RISLB dan rumah berkenaan diberikan oleh Mr. Ress Pengurus Bombay Burma Timber Company Limited.

Maklumat mengenai satu kumpulan tentera Indonesia sedang bergerak dari Kalimantan menyusup masuk ke kawasan Malaysia dilaporkan telah merampas barang-barang daripada sebuah kedai kepunyaan seorang peniaga Cina di kawasan Serudong Laut.

Tidak lama selepas itu satu tembakan kedengaran memecah keheningan malam dan kemudiannya diikuti pula oleh tembakan yang bertubi-tubi, dan semua anggota bertempiaran keluar dari rumah mencari perlindungan.

Sarjan Abdul Aziz berjaya menerjunkan diri ke dalam kubu dan berada bersama ketua platun serta dua anggota lagi dan membalas tembakan dan turut melontarkan bom tangan ke arah anggota Tentera Indonesia.

Tembak-menembak berhenti kira-kira pukul 11.00 malam dan pada lebih kurang pukul 3.30 pagi 30 Disember 1963 satu platun bantuan yang diketuai oleh Leftenan Muda Wan Nordin bnin Wan Mohammad sampai ke lokasi platun di Kalabakan.

Anggotanya diarah mengumpulkan anggota yang terkorban dan tercedera sambil memberikan rawatan sekadar terdaya dan apabila matahari pagi 30 Disember 1963 mula menampakkan sinarnya, anggota mula melakukan penggeledahan kawasan secara terperinci bagi mengumpul mayat dan anggota yang tercedera untuk dimaklumkan kepada markas batalion.

Itulah detik yang tragis yang dicatatkan dalam sejarah Askar Melayu yang mengorbankan ketua kompeni dan Peristiwa Kalabakan akan terus menjadi memori pahit Askar Melayu.

INSURGENSI


Penglibatan Rejimen Askar Melayu berterusan dan semasa kebangkitan komunis kedua atau insurgensi setelah darurat 1948-1960 iaitu sekitar tahun 70-an dan 80-an, banyak operasi yang telah dilaksanakan untuk menangangi ancaman musuh Negara.

Menyedari perjuangan mereka tidak mendapat sokongan dari rakyat dan menerima tekanan dari Pasukan Keselamatan (PK), dalam tahun 1960 Parti Komunis Malaya (PKM) telah berundur di kawasan hutan Selatan Thailand dengan tujuan untuk penyusunan semula.

PKM telah mengubah strategi dengan mengurangkan segala aktiviti keganasan dan sebaliknya mempergiatkan aktiviti propoganda dan subversif. dan pada akhir tahun 1968 PKM dengan penuh keyakinan membuat persiapannya untuk bangkit semula untuk pemberontakan di Malaysia.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi ruang kepada PKM menyusup masuk ke dalam masyarakat dan juga kawasan-kawasan operasi mereka semasa zaman darurat dan semasa kebangkitan kediua PKM telah mempergiatkan aktiviti militannya serta propoganda di kawasan-kawasan penempatan terpencil.

Berakhirnya Perang Dingin antara blok Barat dan blok Timur di akhir tahun 80-an telah mempengaruhi senario perjuangan PKM di Malaysia yang melihatkan satu Perjanjian Damai bagi perletakan senjata PKM di Haadyai pada 2 Disember 1989.

MALAYAN SPECIAL FORCES DI CONGO


Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 dan kelahirannya memang menjadi kebanggaan pejuang-pejuang daripada Rejimen Askar Melayu yang telah mengorbankan nyawa kearah itu.

Mulai dari saat tersebut proses untuk menukarkan tampok pimpinan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) daripada pimpinan Inggeris berjalan dengan lancer dan pada tahun 1960 Persekutuan Tanah Melayu telah menyambut seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghantar kontijen tenteranya bertugas mengawal di Republik Congo.

Negara kita merupakan negara yang ke -16 menyumbangkan pasukan tentera kepada Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo dan sumbangan tersebut telah mengharumkan nama Malaya ketika itu dalam arena antarabangsa meskipun ia sebuah negara yang kecil namun masih berkemampuan menyambut seruan demi mengekalkan keamanan dan kemakmuran dunia.

Negara dengan sebulat suara telah meluluskan pemergian Angkatan Khas Malaya ke Congo dan Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pada ketika itu berkata berhubung campur tangan Rusia di Congo, “campur tangan Rusia ini merupakan perang dingin dan boleh menimbulkan angkara yang tidak diingini”.

Dalam usia yang begitu muda, negara ini telah menghantar batalion kedua, keempat, keenam dan ketujuh secara bergilir-gilir untuk tugas tersebut dan Pasukan Khas yang pertama terdiri dari tiga buah kompeni infantri dari Batalion Ke-4 RAMD dengan Pegawai Memerintanya Lt Kol Ungku Nazaruddin Ungku Mohamed.

Pada 5 Oktober 1960 tercatatlah dalam sejarah tanah air buat kali pertamanya anak watan diberi tugas besar dan Perdana Menteri telah memberikan pesanan kepada perjurit Negara dengan kata-kata semangat “Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata” .

Dalam amanahnya, beliau berkata “Orang-orang di Tanah Melayu merasa bangga kerana askar-askar kita dikenali sebagai satu angkatan tentera yang gagah dan berani.

Pemergian mereka adalah satu penghormatan besar kepada negara ini dan mengharumkan lagi nama Angkatan Tentera Persekutuan.

Batalion Ke-4 kembali dari Congo pada pertengahan bulan Jul 1961 dan digantikan oleh Batalion Ke-6, dan Batalion ini menduduki di tempat-tempat yang sama iaitu Markas Teknikal di Bakavu, satu kompeni di Kindu, satu kompeni di Goma dan satu kompeni lagi di Albertville.

Satu kompeni kemudiannya telah diterbangkan ke Nyuzu sebuah pekan di utara Katanggu untuk menghancurkan pemberontak-pemberontak puak Buluba dan pemberontak-pemberontak berkenaan telah melarikan diri apabila kompeni itu sampai di Nyuzu.

Dua orang tentera kita telah terkoban semasa batalion ini sedang berkhidmat di Congo iaitu LKpl Yusof Yaakob terkoban apabila sebuah gudang peluru meletup di indu pada malam 27 Julai 1961 dan Prebet Sional Jantan telah mati lemas di Tasek Kivu pada 31 Disember 1961.

Dalam bulan Mac 1962, batalion ini kembali ke Malaya setelah diganti oleh Batalion 7 RAMD dan Batalion ini pulang ke tanah air dan berkhidmat di Kuala Lumpur.

Pada 7 Februari 1963, Batalion Ke-2 diarahkan meronda serta membersih beberapa kawasan gerakan di Wilayah Katonga dengan menawan sebilangan kecil askar-askar uphan dan merampas beberapa pucuk senjata api.

Satu daripada kompeni batalion ini telah dengan bangganya dipilih untuk menyertai satu istiadat perbarisan raksaksa menyambut hari ulangtahun Bangsa-Bangsa Bersatu di LEOPOLVILLE dan perkhidmatan anggota-anggota Batalion Ke-2 di Congo berakhir pada 28 Apr 1963.

Selepas itu perkhidmatan RAMD di Congo terpaksa dihentikan akibat konfrantasi yang diistiharkan oleh Indonesia ekoran penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

RAMD telah membuktikan sekali lagi akan kebolehannya di samping menaikkan nama dan imej negara dengan mutu tatatertib dan kecekapan yang tinggi.

Semasa sejumlah anggota-anggota RAMD sedang berkhidmat di Congo pada 23 Mac 1961, Yang Di-Pertuan Agong telah berkenan mengurniakan Panji-Panji Diraja kepada seluruh RAMD sebagai lambang kesetiaan dan kehormatan kepada Raja dan Negara.

Misi Namibia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah terpanggil untuk campurtangan di Namibia apabila terdapat kekacauan politik selepas Afrika Selatan mengisytiharkan kemerdekaan kepada Namibia.

Kumpulan Bantuan Peralihan PBB (United Nations Transitional Assistance Group) telah ditubuhkan untuk menguruskan penghantaran balik pelarian dan mengawasi pilihanraya agar berjalan lancar.

Pasukan RAMD sekali lagi telah dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas dan tanggungjawab ini dan Batalion Ke-17 RAMD dan satu kompeni dari Batalion Ke-21 telah memulakan tugas di bumi Namibia pada 26 Feb 1989 dan tugas mereka berakhir pada bulan April 1990.

Batalion ini ditugaskan di utara Namibia di Wilayah Ovamboland dan Kaokland dan antara tugas yang dilaksanakan oleh pasukan ini adalah memerhati dan menyiasat penarikan keluar Pasukan Pertahanan Afrika Selatan dan memantau pembubaran Pasukan Wilayah Barat Daya.

Semasa bertugas di Namibia, batalion telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dan berjaya melaksanakan misi dengan berkesan. Batalion telah menamatkan tugas pada 20 Apr 1990.

Misi Kemboja

Penglibatan pasukan RAMD dalam misi United Nation Authority in Combodia( UNTAG) bermula dari 15 Jun 1993 hingga November 1993 pada umumnya bertanggungjawab memantau gencatan senjata di antara puak-puak yang bertelagah untuk menguasai politik di Kemboja.

Di antara tugas-tugas yang dilaksanakan oleh batalion sepanjang bertugas di Kemboja ialah memelihara hak asasi manusia, mengatur dan menjalankan pilihanraya umum yang bebas dan saksama, memelihara undang-undang dan ketenteraman awam, menghantar balik dan menempatkan semula pelarian dan memulihkan infrastruktur yang rosak dan musnah.

Misi Somalia

Di Somalia, pasukan-pasukan RAMD telah terlibat sebagai sebahagian dari Pasukan MALBATT dalam misi United Nation Operation Somalia 11 bermula pada 18 Jun 1993 hingga 28 Februari 1995.

Semasa di Somalia pasukan RAMD telah ditugaskan sebagai Penguatkuasa Keamanan yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang dengan melaksanakan rondaan, operasi mengepung dan mencari, pasukan gerak pantas dan membantu mewujudkan organisasi keselamatan dan memberikan bantuan kemanusian.

Batalion Ke-19 RAMD Mekanis bersama kompeni repal dari Batalion Ke-7 RAMD adalah pasukan pertama yang dihantar berkhidmat di Somalia pada 18 Jun 1993.

Pasukan ini telah diaturgerak di Mogadishu dan berperanan sebagai Pasukan Gerak Pantas Markas UNOSOM dan antara tugas yang dilaksanakan oleh pasukan ini sepanjang beroperasi di Somalia ialah meronda sekitar bandar Mogadishu, mengadakan sekatan jalanraya, mengawal lokasi strategik, melaksanakan operasi mengepung dan mencari, operasi menyelamat dan bantuan kemanusian.

Semasa di Somalia, pasukan ini telah menonjolkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dan telah terlibat dalam operasi yang berintesiti tinggi seperti operasi menyelamat di Pasar Bakara dan Mahkamah Agung Benadir.

Sekali lagi RAMD diberi kepercayaan bertugas di Somalia apabila Batalion Ke-7 RAMD telah memulakan tugas di bumi bergolak ini pada 28 Julai 1994.

Aturgerak batalion masih tertumpu di sekitar Mogadishu dan ditugaskan sebagai Pasukan Atur Cepat kepada Markas UNOSOM dan penglibatan negara dengan misi PBB di Somalia tamat dengan kepulangan Batalion Ke-7 RAMD pada 5 Januari 1995.

Peristiwa Di Pasar Bakara
Semuanya bermula pada pada petang 3 Okt 1993, apabila Timbalan Ketua Malbatt iaitu Lt Kol Rozi bin Baharom telah diminta oleh Markas UNOSOM 11 menyelamatkan pasukan elit Tentera Amerika Syarikat.
Pasukan Elit Tentera Amerika Syarikat yang terdiri daripada Petugas Ranger dan Delta Force telah terperangkap dalam kepungan militia Aideed di Pasar Bakara sewaktu melakukan operasi untuk menawan beberapa orang kanan Jen Mohamed Farrah Aidid.

Operasi menyelamat ini melibatkan Tentera Amerika Syarikat, Tentera Pakistan dan Kompeni A serta Kompeni B Batalion Ke-19 RAMD dan Pasukan Petugas ini telah diarahkan menyelamat dua kedudukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung oleh Militia Aideed.

Operasi dimulakan sebaik sahaja menerima perintah ringkas pada jam lebih kurang 2300 dengan dimulakan dengan pergerakan kumpulan yang dianggotai oleh Kompeni B dan kemudian kumpulan dari Kompeni A dengan menaiki Kenderaan Perisai jenis Condor.
Kenderaan Perisai ini juga turut memuatkan anggota-anggota dari Pasukan Ranger dan sesampainya Kumpulan Penyelamat di hadapan Hotel Olimpik yang terletak di timur Pasar Bakara, pasukan ini telah diserang hendap dengan hebatnya oleh militia Aideed.

Pasukan ini terpaksa bertempur selama hampir lima jam sebelum dapat melepasi kawasan serang hendap tersebut dan pertempuran ini melibatkan gandingan anggota-anggota kompeni A dan B serta Tentera Amerika Syarikat dari lorong ke lorong dan dari suatu blok bangunan ke satu yang lain.

Akhirnya pada lebih kurang jam 0745 pagi, seramai 75 anggota Renjer Amerika Syarikat telah berjaya diselamatkan dan dalam operasi ini Prebet Mat Aznan Awang telah terkorban dan 10 anggota tercedera dan 4 Kenderaan Perisai musnah.

Di atas keberanian luar biasa yang ditunjukkan di dalam pertempuran ini, Allahyarham Koperal Mat Aznan Awang telah dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan 3 pegawai serta 2 anggota lain-lain pangkat dikurniakan pingat Pahlawan Gagah Berani.

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir


Pada 27 September 1993, Platun 5, dari Kompeni B, Batalion Ke-19 RAMD ditugaskan memberi perlindungan keselamatan kepada suatu acara perasmian Mahkamah Agung yang terletak di daerah Benadir iaitu berhampiran dengan bandar Mogadishu.
Majlis ini diadakan bagi memulihkan semula sistem keadilan dan perundangan di Somalia dan semasa perasmian ini berjalan, kawasan mahkamah telah diserang oleh miltia Aideed dari semua arah dan memaksa kompeni yang bertahan di sekeliling mahkamah membalas tembakan.

Melalui pengantara militia Aideed memohon agar 3 orang Pegawai Perundangan UNOSOM diserahkan kepada mereka namun begitu atas sifat tidak mengenal menyerah Platun 5 telah berjaya menyelamatkan ketiga-tiga hakim tersebut dan berundur ke kem dan atas tindakan nekad ini, Kapten Mohd Halim bin Khalid yang memimpin Platun ini telah di anugerahkan pingat Pahlawan Gagah Berani.


Misi Bosnia

Penglibatan RAMD di Bosnia-Herzegovina sebagai pasukan utama Kontijen Malaysia melibatkan tiga misi yang berlainan iaitu sebagai Pasukan Perlindungan Khas PBB atau United Nation Protection Force, Stabilization Force dan Implementation Force.

Di antara tugas yang diberikan kepada pasukan-pasukan RAMD ialah membantu meredakan pertelingkahan etnik, membantu membawa mangsa-mangsa perang kembali ke kampung halaman, memastikan tiada penghapusan etnik, memberi bantuan kemanusian dan membaiki prasarana yang rosak atau musnah semasa peperangan.

Batalion Ke-23 RAMD adalah pasukan pertama yang diberi kepercayaan berkhidmat di Bosnia-Herzegovina dalam bulan Disember 1996 dan pada permulaan penugasan batalion ini telah ditempatkan di Split dan kemudian pasukannya ini telah ditugaskan di Konjic, Dobrinje dan Jablanica.

Di antara tugas utama yang dilaksanakan oleh pasukan ialah menubuhkan Titik Pemeriksaan serta Pos Kawalan Lalulintas, pengiring dan mengawal Pos Pemerhati dan Batalion ini telah berkhidmat dengan cemerlang dan telah menamatkan tugas dalam bulan Ogos 1994.

Pasukan ini digantikan dengan Batalion Ke-5 RAMD dan secara dasarnya pasukan ini meneruskan tugas-tugas batalion terdahulu dengan beberapa penugasan baru seperti meronda kawasan tanggungjawab, mengendalikan Pos Pemerhati di Dobrinje dan Zabrde Pocket dan mengawal jambatan dan simpang-simpang jalan.

Batalion Ke-5 RAMD telah sekali mengulangi sejarah terdahulu apabila berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang dan mendapat pujian dari penduduk tempatan dan tentera-tentera yang berkhidmat dengan PBB.

Batalion telah menyerahkan tugas kepada Batalion Ke-12 RAMD dalam bulan Mac 1995 dan Batalion ini berkhidmat sehingga bulan November 1996 dengan menyerahkan tugas kepada Batalion Ke-2 Rejimen Renjer DiRaja.

Penglibatan RAMD dalam misi ini telah disambung oleh Batalion Ke-18 RAMD dalam bulan Feb 1996 dan pada waktu tersebut misi telah ditukar kepada Implementation Force atau IFOR di bawah panji-panji Pertubuhan NATO.

Di antara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan dalam misi ini ialah memantau perjanjian damai diantara puak bertelagah dipatuhi, mengekalkan keutuhan dan intergriti zon pemisah dan membantu lain-lain agensi.

Setelah lapan bulan bertugas dengan cemerlang pasukan ini telah digantikan Batalion Ke-10 RAMD dalam bulan Dis 1996 dan sekali lagi mandat misi telah diubah kepada Stabilisation Force atau SFOR dan Batalion telah diarahkan berkhidmat di Kupres dan Glomac.

Di antara tugas yang dilaksanakan oleh pasukan dalam misi ini ialah menguatkuasakan perintah perletakan senjata, rondaan, sekatan jalanraya dan mengawal aktiviti penduduk tempatan.

Pasukan ini telah menamatkan tugas dalam bulan Jun 1997 dengan menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Batalion Ke-2 RAMD dan sumbangan besar pasukan ini semasa berkhidmat ialah memastikan pilihanraya perbandaran dan pilihanraya Republik Srpske berjalan dengan lancar.

Pasukan telah menamatkan tugas dalam bulan Disember 1997 dan tugas ini telah diambilalih oleh Batalion Ke-5 Rejimen Renjer DiRaja sehinggi misi dihentikan pada 22 Jun 1998.

Misi 9 RAMD Para

Penglibatan RAMD sebagai pengaman di negara ini bermula apabila Kerajaan Timor Leste memohon bantuan bagi meredakan kekacauan yang meletus dibumi yang baru merdeka ini.

Pada mulanya seramai 25 orang warga Tentera Darat telah diaturgerak ke negara tersebut bagi meninjau bantuan yang perlu diberi kepada Timor Leste.

Kemudiannya pada 27 Mei 2007, Kompeni Campuran, Batalion Ke-9 RAMD Para dan Kompeni B, Batalion Ke-19 RAMD Mekanis telah ditugaskan dalam Operasi Khas Timor Leste dan di antara tugas yang dilaksanakan oleh kumpulan ini ialah mententeramkan keadaan kacau bilau di negara tersebut.
Pasukan ini telah bertindak cemerlang sepanjang bertugas di negara tersebut dan berjaya meredakan ketegangan yang berlaku di sana dan pasukan ini telah berkhidmat di Timor Leste selama 3 bulan setelah menamatkan misi pada 30 Ogos 2006.

Misi Lubnan

Misi United Nation Interim Force In Lebonan adalah penglibatan terkini pasukan RAMD di bawah Panji-panji Bangsa Bersatu adalah ekoran dari pengunduran tentera Israel dari Lubnan dalam tahun 2006.

Misi ini bertanggungjawab untuk membantu Angkatan Tentera Lubnan dan Kerajaan Lubnan bagi menyediakan persekitaran aman dan selamat di dalam kawasan operasi Sektor Timur sejajar dengan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701.

Kompeni B, Batalion Ke-12 RAMD Mekanize yang menyertai MALCON telah memulakan tugas di Lubnan pada Mac 2007 dan di antara tugas yang dilaksanakan oleh kompeni ini semasa bertugas di Lubnan ialah bertindak sebagai Pasukan Tindak Pantas yang bertangungjawab ke atas tugas rondaan, pengiring, menyelamat tebusan dan lain-lain tugas infantri.

Kompeni ini berpangkalan di Kaoukaba dalam Daerah Hasbaiya, yang berada di dalam Wilayah Nabatiye, Selatan Lubnan dan Kompeni telah bertugas dengan cemerlang dan telah digantikan Kompeni C dari batalion yang sama mulai 30 November 2007.

Permodenan


Abad ke 21, telah menyaksikan Rejimen Askar Melayu Diraja terus melangkah ke hadapan menggalas cabaran alaf baru yang lebih mencabar serta penuh dengan ketidaktentuan.

Era globalisasi dan ledakan maklumat ini juga telah menjadikan RAMD lebih dinamik dalam memainkan peranan dan tidak hanya terhad kepada tugas tradisional sebelum ini.

Pada tahun-tahun dahulu, RAMD hanyalah sebuah pasukan infantri biasa tetapi kini telah berkembang menjadi ketumbukan yang kredibel, versatil, lethal dan deployable.

Rejimen Askar Melayu DiRaja, dewasa ini bukan sahaja boleh berperanan sebagai infantri berjalan kaki tetapi juga berupaya memikul tugas pasukan para dan mekanize.

Secara dasarnya, RAMD telah distruktur menjadi 4 jenis pasukan yang memainkan peranan yang berbeza iaitu: Batalion Para, Batalion Mekanize, Batalion Infantri Standard dan Batalion Infantri Istiadat.

Bermula daripada hanya sekumpulan kecil anak-anak Melayu tempatan pada 1 Mac 1933, kini Rejimen Askar Melayu Diraja terus melakar sejarah bukan saja di dalam Negara malah di persada antarabangsa yang tentunya bukan mengharumkan pasukan tetapi ia menjadi sebutan alami.